Boucing Red Apple

Get Healthy, Be Happy, Feel Beauty

Jom Klik Like!..

Kelebihan minum air

Selamat pagi semua....Pagi ni.....saya nak share tentang air... entry kali ni kire mcm refresher..peringatan utk diri sendiri gak ni..... kali ni nak highlight 5 sebab mengapa kita perlu byk minum air:
1. AGAR TUBUH TETAP SEJUK

Berpeluh memang berperanan dalam menjaga suhu tubuh tetap sejuk kerana itu peluh dapat menjadi pengingat untuk kita memperbanyakan minum air. Jika anda tidak cukup air untuk dikeluarkan dalam bentuk peluh, ia akan mengakibatkan menurunnya kadar darah dan sistem peredarannya juga akan mengalami masalah. Gejala yang biasa dikaitkan dengan masalah peredaran darah yang tidak betul adalah seperti pening kepala, rasa sakit atau mengalami kesukaran bernafas.

2. MENGUMPULKAN NUTRISI


Air membantu menghantarkan nutrisi melalui aliran darah ke seluruh bahagian yang diperlukan oleh tubuh. Ini kerana beberapa nutrisi adalah larut dalam air.

3. MENJAGA TUBUH TETAP BERGERAK

Jika anda kekurangan air, anda akan mengalami sembelit yang mengakibatkan susah untuk membuang air besar. Jadi, air penting untuk melancarkan gerakan kerana air bertindak sebagai 'pembantu' untuk melembutkan kotoran. Dikombinasikan dengan serat, air dapat memudahkan najis dicerna dan dikeluarkan.

4. MENJAGA KULIT TETAP HALUS

Sel kulit yang mengandungi cukup air akan menjadikan kulit sentiasa sihat dan halus. Sebaliknya ketika kekurangan air, kulit akan kelihatan letih dan dehidrasi (kering). Akhirnya, kulit anda akan kelihatan kusam dan tidak bermaya.

5. MENGHINDARI BATU KARANG

Batu karang 'tumbuh' ketika zat - zat atau komponen 'sampah' yang masuk melalui ginjal bertahan dan bergabung dengan komponen sampah yang lain. Butiran seperti 'pasir' akhirnya terbentuk. Jika butiran ini tidak dapat dibuang, lambat laun ia akan tumbuh hingga berukuran sebuah 'batu'. Kerana itu, anda perlu minum banyak air agar dapat membersihkan butiran - butiran batu tersebut.Sebahagian besar dari kita menunggu sampai merasa haus untuk minum segelas air. Hakikatnya haus adalah gejala awal dehidrasi. Tubuh kekurangan air biasanya diawali dengan tanda - tanda seperti pening, sakit kepala dan sakit - sakit badan
 
.....hmm..pentingkan plain water ni. tapi kalau boleh biar air yg ditapis...bab2 filter2 ni cerita lain yer...Akhir sekali…bagaimana nak pastikan sehari kita mnum 2-3 liter air.. sebab ramai yg malas minum sbb tak larat nak ke toilet...taknak perut kembung..etc...takk laratttt wooo…. Rahsianya~~~~minum sedikit2 tetapi kerap….contoh yg paling simple yg anda boleh buat :
 
~ Minum segelas air selepas bangun daripada tidur.
~Minum segelas air sebelum masuk tidur.
~Minum 3 teguk air setiap setengah jam
~Minum 3 teguk air selepas buang air kecil atau selepas menyusukan bayi(bagi yg bfeed lah)
 
Dan akhirnya ..anda takkan sedar.. yang sebenarnya anda mampu minum 2liter air sehari.plain water ye.. air kaler2 ni tak kire ok.
lain2 yg menarik:
 


Pemakanan Yang Sihat Untuk Ibu Mengandung


Pengambilan minyak ikan Omega 3 merupakan makanan terbaik untuk perkembangan otak bayi. Kandungan EPA dan DHA yang boleh ditemui dalam minyak ikan diperlukan untuk perkembangan yang sihat.

Minyak ikan juga penting untuk ibu. Pada peringkat ketiga kehamilan , ibu akan memindahkan kebanyakkan simpanan DHA kepada janin yang diperlukan untuk pembentukkan sistem saraf dan otak bayi.

Begitu juga dengan pengambilan susu semasa hamil. Susu mengandungi protein, kalsium, choline, potasium, fosfor, niasin, Vitamin A, Vitamin B12, Vitamin D dan beberapa mineral penting lainnya.

Ibu hamil yang secara rutin mengambil susu mengandungi choline akan melahirkan bayi yang memiliki kemampuan memori yang sangat baik. Susu yang mengandungi choline sangat berpengaruh kepada perkembangan otak dan pusat memori otak janin.

Bagaimana Omega Guard Shaklee boleh membantu?


Shaklee dah berada di pasaran dan terbukti berkesan sejak 50 tahun lalu, Omega Guard Shaklee adalah ultrapure, dibuat dengan begitu sempurna, penyulingan 3 peringkat secara semulajadi memberi manfaat asid lemak pada masa yang sama mengeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan. Omega Guard dibuat dari ikan bukan hati ikan yang memberi kesan toksik.

Siapa yang sesuai mengambil Omega Guard?

Ibu hamil
Ibu menyusu
Kanak-kanak (1 tahun ke atas)
Lelaki
Warga Emas
Mereka yang mengalami darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes
Mereka yang mementingkan kehidupan sihat



credit
Berminat untuk mencuba atau mendapatkan pek percubaan? Ingin harga istimewa?
COD Area : Alor Setar/Jitra/Pokok Sena
sms/whatsapp/viber maya @ 019-5596963



BENGKAK SUSU, CLOG DUCT

Bengkak susu atau clogged duct

Memang seksa bila jadi bengkak susu kan. keadaan di mana saluran susu tersumbat. Bila ditekan, kawasan tersebut keras dan menyakitkan. Lagi teruk kalau demam bengkak susu. Kalau dibiarkan, boleh membawa kepada masalah mastitis.

Jadi lebih elok cuba elakkan bengkak susu dengan cara berikut:
  • Susukan anak sekerap mungkin (bagi kes ibu bekerja, perah sekerap yang mampu)
  • Tidak ‘skip’ penyusuan(jika bersama anak)
  • Elakkan tidur meniarap(boleh blocked susu maka bengkaklah kelenjar)
  • Susukan bayi ikut kehendak bayi…pisahkan hanya apabila bayi berhenti
  • Perah susu jika bayi tidak menyusu (kadang kadang bayi tidur tak nak bangun menyusu. jadi, perah atau pam sebelum bengkak)
  • Pakai bra yang selesa dan tidak terlalu ketat. 
  • Susukan anak dengan penyusuan susu ibu sepenuhnya..elakkan penggunaan puting tiruan
  • Selain tu, saya juga mengamalkan Vitamin C, B Complex dan Calcium Magnesium untuk mengelakkan terjadinya susu tersumbat. Alhamdulillah, dah jarang tersumbat walaupun kadang2 terjadi juga.
  • Namun, kadangkala bengkak susu tetap terjadi. Tambah-tambahan bila makan supplemen Shaklee.hehe.

Bolehlah dicuba cara atau petua di bawah untuk mengatasinya
  • Tuam dengan tuala yang dibasahkan dengan air suam
  • Mandi shower air panas(agak agak kita tahan laa)kenakan pada bahagian payudara yang bengkak. tekanan dari shower air panas boleh membantu ‘release’ bengkak
  • Urut dengan lembut payudara dan tumpukan urutan pada bahagian yang ada ketulan. Urut ke bawah..dari pangkal payudara ke aerola/puting.
  • Boleh juga guna helaian kobis, tekap dipayudara…kesejukkannya membantu menghilangkan sedikit kesakitan

Kalau tak berkesan,boleh cuba pula "Cold Method":
  • Baring/ Lay down on flat surface.
  • Urut breast dari pangkal breast ke arah nipple. Jika susah buat sendiri, minta bantuan hubby. Urut sampai ada susu terpancut keluar.
  • Sometimes susu tak keluar sebab ada lubang susu tertutup. So, cuba bersihkan lubang nipple dahulu. Bila letak ice pack, kawasan yg sakit/ keras tue akan kurang rasa sakit bila di urut.
  • Bila dah rasa kurang bengkak breast, try to pump sekosong-kosongnya. Maybe try utk dpt 2x let-down.
  • Kalau boleh, sentiasa letak ice pack for the whole day kat breast tue. Even waktu tidur malam pun. Cara paling berkesan mengatasi bengkak susu adalah dengan menyusukan bayi anda sekerap mungkin.

Anda juga boleh mengambil Omega Guard Shaklee untuk membantu mengatasi bengkak susu kerana peranan Omega Guard ini adalah memecahkan lemak dan mencuci saluran-saluran tersumbat. Selamat mencuba!

 Jika masih berlarutan, sila jumpa doktor ye

credit

COD AREA : ALOR SETAR/JITRA/POKOK SENA
email : syiaqira@yahoo.com
sms/whatsapp : 019-5596963
fb : http://www.facebook.com/sumaiya abdul ghoni

Tips untuk hilangkan jeragat

Jeragat ialah tompok-tompok hitam yang disebabkan melanin yang terkumpul dan menjadi warna coklat muda atau coklat tua. Kadang kala ia hitam yang terkumpul di muka biasanya berkelompok, baik di pipi mahupun di dahi atau dagu. Jeragat boleh dipudarkan atau dikurangkan, tetapi tidak boleh dipulihkan sama sekali.
 

 
Jeragat boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu seborrhoeic keratoses, melasme dan skin tag. Seborrhoeic keratoses ialah timbul seperti biji hitam atau tahi lalat hidup pada kulit. Melasme pula tompok hitam atau kelabu leper di bawah lapisan kulit. Skin Tag ialah daging lebih berwarna coklat atau kelabu yang kebiasaannya ada pada ketiak dan teher. Jeragat tidak berbahaya namun menyebabkan kulit muka individu kusam dan kotor. Mungkin anda tidak ada jeragat, tetapi mencegah lebih baik sebelum ditimpa masalah ini.


 
Penyebabnya:
1. Ia disebabkan oleh pancaran UV matahari yang menjadikan kelebihan pigmen.
2. Hormon yang tidak seimbang disebabkan mengandung atau menopaus.
3. Gelisah dan tidak cukup tidur.
4. Menggunakan makeup yang tidak berkualiti dan bermutu rendah.
5. Disebabkan oleh masalah pada limpa.
 


Rawatan Moden
a. Lindungi kulit anda daripada matahari dengan menggunakan “skin care” dan barangan makeup yang mengandungi “sunscreen” iaitu bahan pelindung matahari. Tidur dengan cukup dan jauhi daripada kegelisahan.
b. Pastikan barangan makeup yang anda pakai bermutu tinggi. Urutan pada muka anda boleh merangsang peredaran darah dan mempercepatkan pemulihan.
 


Rawatan Tradisional

Petua 1 : Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkannya selama 5 minit dan bersihkan muka anda dengan air bersih.
 
Petua 2: Ambil putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka anda sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.
 
Petua 3: Kutip beberapa helai sireh muda dan simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.
 
Petua 4: Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah ia kembang, kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di seluruh muka anda dan biarkan ia kering lebih kurang 20 – 30 minit. Kemudian, lembabkan muka anda, gosok (seperti scrub) dan cuci. Bagi mendapatkan kesegaran, cuci muka anda dengan air suam.
 
Petua 5: Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka anda. Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. Jeragat anda akan hilang dan kulit muka menjadi halus dan gebu.
 


Pengambilan vitamin juga membantu dalam mengurangkan masalah jeragat
 
Vitamin B complex : ianya penting dalam kestabilan hormon kita. Kekurangan b complex dalam badan boleh membuatkan kita cepat letih, cepat marah atau moody, cemburu dan banyak lagi. Bila kita dalam keadaan hormon yang tidak stabil jerawat/jeragat akan mudah terhasil.
 
Vitamin C : ianya sangat penting dalam pembentukan kolagen. Ramai kita yang sibuk nak beli kolagen walhal hanya dengan mengamalkan makanan yang tinggi kandungan vitamin C membantu penghasilan kolagen dengan lebih baik.
 
Vitamin E : terkenal sebagai vitamin awet muda. Ia juga dikatakan melambatkan proses penuaan. Selain itu vitamin E juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Vitamin E juga membantu mengurangkan kesan kulit jeragat selain pengambilan beta carotene. Vitamin E sangat membantu bagi mereka yang mempunyai masalah kulit yang berminyak.
 
Protien : sangat penting dalam penghasilan sel baru. Ianya membantu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jerawat). Tompokan hitam pada kulit akibat jerawat sangat sukar dihilangkan kerana kita tidak mendapat cukup protien yang membantu dalam penghasilan sel baru. Untuk dapatkan kulit yang cantik kita perlulah mendapatkan makanan yang bersumberkan protien yang baik.
 
Air sangat penting dalam pengaliran darah , penyerapan semua nutrien dari sumber makanan untuk diserap oleh tubuh. kekurangan air boleh menyebabkan jerawat mudah terhasil. kekurangan air boleh menyebabkan kita mempunyai kulit yang kering seterusnya mempunyai kulit yang bermasalah.

 
Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut serta konsultasi percuma
sms/whatsapp/viber maya @ 0195596963
 


Petua Meringankan Sakit Gout


Ambil sekeping kaktus dan kupas kulitnya. Bungkus isi kaktus yang diperolehi dengan daun pisang lalu dipanaskan atas api sederhana besar selama lima minit. Sejukkan sedikit dan tampalkan pada bahagian yang sakit. Amalkan setiap hari.

sumber : www.gempak.org

Membahagiakan Ibu Bapa

Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia. Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.

Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.

1. Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.
 
 
Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.
 
 
2. Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.
Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.
 
 
3. Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya.
 
 
Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.
 
 
Firman Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).
 
 
4. Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.
 
 
Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.
 
 
Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.
 
 
5. Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.
 
 
Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.
 
 
Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: ?Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh Allah??
 
 
Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa?? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.
 
 
6. Melakukan apa yang disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.
 
 
Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.
 
 
Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).
 
 
Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.
 
 
7. Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.
 
 
Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).
 
 
Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.
 
 
8. Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.
 
 
Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.
 
 
9. Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.
 
 
10. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.
 
 
Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).
 
 
Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.
 
 
Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.
 
 
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan..Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan tahu.

 
sumber:http://www.petua.org



Tip Langsing Dalam Berpakaian

Bagi semua wanita tampil langsing sering menjadi dambaan yang tak pernah surut dalam hidup mereka. Ada banyak cara dilakukan para wanita supaya kelihatan langsing. Selain mengamalkan cara diet, berolahraga atau mengambil ubat-ubatan bagi mendapatkan bentuk badan yang ideal dan langsing, amat penting bagi anda melakukan sesuatu pada penampilan anda. Berikut tip berpakaian yang perlu dilakukan oleh para wanita supaya kelihatan langsing :
  • Supaya tampak lebih langsing, pilih pakaian dalam warna-warna senada.
  • Elakkan corak yang besar.
  • Sebaiknya untuk baju berwarna cerah, pilih yang tekstur dan potongannya membuat tubuh kelihatan tampak lebih tinggi. Seperti rompi, jas, cardigan di bawah pinggul, dan pilih yang potongannya agak longgar.
  • Untuk jas, pilih yang single-breasted.
  • Pilih baju yang tidak banyak kancing dan aksesori. Jangan beli baju yang terlalu kecil atau besar.
  • Pilih bahan atau material yang sesuai di badan dan mata, misalnya linen dan katun. Hindari material yang lembut dan berkilat kerana anda akan lebih kelihatan berisi.
  • Pilih baju dengan potongan leher yang berbentuk V untuk kelihatan lebih tinggi.
  • Gunakan motif garis vertikal, tapi terlalu banyak garis vertikal malah membuat anda tampak lebih lebar. Garis vertikal atau diagonal yang tidak terlalu rapat lebih menguntungkan. Gaya yang memanjang ke bawah membuat anda kelihatan lebih langsing
  • Pilih seluar panjang yang lurus. Seeloknya, pilih seluar yang tiada poket yang banyak.
  • Agar kaki nampak lebih panjang, sesuaikan warna stoking dan kasut


Amalan-Amalan Wanita Semasa Mengandung Menurut Islam


Sememangnya apabila pasangan suami dan isteri yang telah mendirikan rumah tangga menginginkan zuriat,cahayamata atau anak dari darah daging sendiri. Oleh itu sesiapa yang telah mengandung dan sedang mengandung bolehlah mengamalkan tips yang akan saya berikan sebentar lagi yang lebih berlandaskan syariat Islam.

Ketika wanita mengandung dia perlu melakukan dan melaksanakan sesuatu yang diperintahkan oleh Allah swt,harus memahami hakikat manusia, agar menjadi hamba yang bersyukur dengan nikmat dan rezeki anak yang Allah kurniakan itu.

Antara amalan yang disarankan ialah:

1) Banyakkan bertaubat - memohon ampun akan dosa2 yg telah kita lakukan sebelum ini, semoga anak yg bakal lahir itu nanti menjadi anak yang bertaqwa.

2) Menutup Aurat - Sentiasa menutup aurat sesuai dengan ketentuan ajaran Islam. Agar hidup mendapat keberkatan.

3) Banyakkan membaca ayat-ayat suci Al-Quran:
3.1- Surah AlFatihah dan ayat kursi
3.2- Surah Yaasin
3.3- Surah Taubat
3.4- Surah Maryam (untuk mudah bersalin-anak soleh dan taat)
3.5- Surah Yusof (utk memperoleh anak yang cantik, kacak, sihat dan sempurna).
3.6- Surah Luqman (utk mendapatkan anak yg taat)
3.7- Surah An-Nahl ayat 78
3.8- Surah Al-’Araaf ayat 189

Sumber:http://www.rahmanbashri.com/2012/07/amalan-amalan-wanita-semasa-mengandung.html#ixzz2NwtvotJI


Tips Menghilangkan Bau Badan

Dah macam-macam jenis deodorant dah korang guna. Bau ketiak tetap tak nak hilang. Bertenang,  Jom baca macamana nak hilangkan bau badan tanpa memerlukan modal. Cara moden tak jalan, cuba cara tradisional plak. Manalah tau, lepas ni harum semerbak ketiak serta badan tu kan? hehehe...

Bunga cengkih yang dah matang.

1)Bunga Cengkih- Ambik secekak bunga cengkih yang dah matang, pastu  rendam dengan air panas sampai kembang. Tunggu air tu suam dulu, baru sapu kat area yang bermasalah tu. Amalkan selalu insyaallah berkesan.
 
2)Halia- Cara nak guna halia untuk hilangkan bau badan, ambik sehiris halia, lepas tu tumbuk sampai lumat. letakl air suam dalam gelas & masukkan halia tadi kat dalam gelas. Pastu minum. Kalau rasa macam nak kelainan, boleh mix dengan air teh. Ikut selera masing-masing.

3)Limau Nipis- Ambik air perahan limau nipis dalam dua bijik camtu. Pastu korang campur dengan kapur sirih. Lepas dah gaul semua, sapu kat ketiak sampai sebati dan biar selama 15 minit or lebih. Lepas tu bilas dengan air. buat seminggu 3 kali, insyaallah mujarab.


Daun beluntas

4)Daun Beluntas- Kalau sesapa yang ada daun jenis ni kat rumah, bolehlah cuba buat. Mula-mula rebus daun beluntas ni dalam 14 helai. Lepas dah rebus tu, minum air rebusan tersebut. Simpan sikit untuk disapu di ketiak ya.

5)Kunyit- Ambik dalam lima @ tujuh ketul kunyit. Kisar dengan air kapur. lepas dah kisar lumur seluruh kawasan bermasalah tersebut. pastu biar dalam setengah jam, lagi lama lagi bagus. lepas dah kering & nampak merekah-rekah tu, baru bilas dengan air. Untuk kesan berganda, campur halia tersebut dengan bedak sejuk.


6)Timun- Selain meredakan bengkak @ sebam pada mata, Timun jugak boleh digunakan untuk hilangkan bau badan. Cara-caranya, ambik sebatang timun yg dikupas kulitnya. Tiap kali korang nak mandi, ambik timun tu sapu kat tempat bermasalah tersebut. Lepas sapu tu, biar dalam lima 5-6 minit, baru bilas dengan air.

Selamat Mencuba!


Petua Hilangkan Angin Dalam Badan

Gas yang terdapat dalam sistem penghadaman atau sistem gastrointestinal selalunya mengandungi gas yang tidak berbau seperti oksigen, nitrogen, karbon dioksida, hidrogen dan metana. Ia mengandungi 99% gas buangan dalam usus. Komponen kecil “flatus” atau gas yang keluar melalui dubur, boleh dikaitkan dengan bau yang tidak menyenangkan mungkin disebabkan gas yang mengandungi sulfur. Ia biasanya dilepaskan oleh bakteria yang sememangnya ada dalam usus besar.

Petua Hilangkan Angin Dalam Badan
Gas atau angin di dalam sistem penghadaman (perut, usus kecil dan usus besar) datangnya dari 2 sumber iaitu, udara yang disedut dan bakteria yang terdapat di dalam usus besar akibat gangguan daripada sesetengah bahan makanan yang tidak dapat di hadam dengan baik dalam badan kita.

Berikut adalah makanan yang menyebabkan angin dalam badan:

Kacang
Sayuran seperti brokoli
Kobis
Taugeh
Bawang
Asparagus
Buah-buahan seperti pear, epel dan peach
Bijirin seperti roti gandum
Minuman ringan dan jus buah
Susu dan produk daripada susu dan keju
Makanan dalam peket yang mempunyai laktus di dalamnya seperti roti, bijirin dan sos salad.

Apa yang boleh dilakukan jika badan banyak angin?

1. Ubahlah apa yang anda makan dan minum
2. Banyakkan minum air kosong.
3. Kurangkan udara yang anda sedut.
4. Makan perlahan-lahan dan kunyah lebih.
5. Elakkan makan gula-gula keras dan mengunyah gula-gula getah.

Petua Hilangkan Angin Dalam Badan

1. Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya.
2. Hiris bawang putih nipis-nipis.
3. Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas.
4. Minum ramuan ini sebulan sekali

sumber : http://www.gempak.org

Meningkatkan Daya Ingatan


Sebenarnya, kita dapat meningkat daya ingatan atau mengurangkan risiko menjadi pelupa dgn mengamalkan tips-tips di bawah secara berterusan. Lebih baik jika kita mempraktikkan ketika usia masih muda supaya kelak di hari tua kita tidak menjadi terlalu pelupa. Antaranya ialah:
 
* Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.
 
* Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.
 
* Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan
Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yang memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan makanan kesihatan yg diperlukan oleh tubuh badan kita dari produk yang telah diakui oleh Kementarian Kesihatan serta pakar pemakanan yang bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.
 
* Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak.Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik.Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.
 
* Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri.
 
* Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jgn mengambil ubat tanpa arahan doktor.
 
* Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.
 


Petua Untuk Mengurangkan Selera Makan

1. Makan secara perlahan.
2. Makan hidangan yang kecil dan menggunakan pinggan yang kecil. Ini akan membuatkan makanan nampak banyak.
3. Ambil makanan yang tinggi serat seperti sayur, buah, roti wholemeal, dan lain-lain. Serat akan menyebabkan anda berasa cepat kenyang dan mengurangkan selera makan anda.
4. Makan makanan yang pedas. Ini akan membuatkan perut terasa penuh.
5. Jangan membiarkan diri dalam keadaan terlampau lapar. Ini akan membuatkan kita akan makan lebih banyak pada waktu makan seterusnya.
6. Minum segelas air kosong sebelum makan supaya perut terasa penuh.
7. Jangan minum semasa makan. Ini akan meningkatkan selera untuk makan.
8. Hirup/minum sup juga boleh menyebabkan anda cepat kenyang.
9. Letakkan makanan jauh dari pandangan. Ini kerana, jika makanan ada di depan mata, akan membuatkan anda berselera untuk makan.
10. Sebelum makan, amalkan minum air suam atau minum jus oren atau minum jus epal atau pun minumlah air suam diperah limau nipis/kasturi. Ia pasti akan membantutkan selera makan

sumber : http://maugemuk.com

Kurus Dengan Cara Yang Betul

Nak kurus, turunkan berat badan… simple saja sebenarnya. Bukan roket sains. Konsepnya –> bakar kalori setimpal dengan yang diambil. Tapi.. bagaimana caranya?

Hmm.. mari kita tengok kenapa kebanyakan cara nak kurus dengan ‘diet’ tak berjaya.

  • Kebanyakan orang yang mengamalkan diet mengalami kekurangan nutrisi. Bila kita ‘cut’ makanan kita, kita akan mengalami kekurangan nutrien dan kalori. Memang betul bila kita kurang kalori, badan secara semulajadi akan menggunakan lemak. Tapi sebenarnya ia melibatkan kitaran hormon semulajadi tubuh sebab kita kekurangan nutrien juga. Jadinya, tak elok pun kecuali kalau memang tak ada makanan.
  • Diet kadangkala boleh mengganggu kehidupan sosial kita. Misalnya, serba salah nak join majlis kawan-kawan sebab takut ganggu program diet.
  • Berdiet sehingga memperlahankan metabolisma boleh mendatangkan “kesan yo-yo”

Apakah kesan Yo-Yo?

Kesan Yo-Yo atau Yo-Yo effect terjadi bila kita mengamalkan diet ketat, kerana bila badan kita kurang kalori, ia akan menggunakan lemak dan tisu otot sebagai bahan api. Nitrogen dibebaskan bila berlaku tindakbalas dari tisu otot, dan ia dibersihkan dan dikeluarkan dari tubuh sebagai air kencing. Makin banyak penggunaan tisu otot, makin banyak nitrogen terhasil dan makin banyaklah air perlu dikeluarkan. Keadaan ini boleh menyebbkan berat badan kita menurun oleh sebab pengeluaran air tadi.

Sebenarnya, berat kita masih tak ke mana-mana!

Bila badan kurang kalori, lemak dah habis dan mula guna tisu otot, sebenarnya ia melemahkan lagi fungsi tubuh kita untuk membakar kalori. Ini sebabnya, kalori dibakar oleh otot-otot. Makin besar otot, makin banyak kalori boleh dibakar. Kalau perasan, seorang ahli bina badan perlu makan banyak dan tinggi kalori, untuk memelihara ototnya.

Kita kena jaga otot kita, sebab.. kalau tisu otot kurang, maka kuranglah kalori yang dibakar. Mungkin akan bertambah gemuk

Jadi, bagaimana cara nak kurus dengan betul?

Persamaan cara turunkan berat badan yang betul:

Pelihara otot + bakar lemak ——————-> turun berat.

Jadi, cara menurunkan berat badan yang terbaik ialah dengan PROTEIN. Hah, kenapa protein?

  • Peningkatan asid amino (leucine) membantu menurunkan kadar gula dalam darah
  • Protein membina sel-sel otot untuk pembakaran kalori
  • Asid amino membantu dalam sintesis protein oleh otot
  • Membantu tubuh untuk memeliharan jisim otot, pada masa yang sama membakar lemak


Cadangan Produk Shaklee yang sesuai diambil ialah CINCH SHAKE MIX dan/atau ENERGIZING SOY PROTEIN.

Ibu yang menyusukan anak tidak dinasihatkan ambil Cinch Shake Mix kerana ia kurang kalori. Ibu menyusu memerlukan kalori untuk tujuan penyusuan. Jadi ibu menyusu boleh ambil Energizing Soy Protein.

Jom dapatkan konsultasi tentang cara-cara menurunkan berat badan (produk lain pun ada, bukan protein ni je) dan dapatkan harga special untuk set ni… Hubungi saya untuk khidmat nasihat percuma :)
 
 


Kelebihan Cadangan Set Langsing Shaklee

Kalau cerita bab2 kurus.. turun berkilo2.. ramai betul yg excited.. semua sibuk nak tahu, semua sibuk nak tanya.. mkn ape.. .ahah. mcm jual pil kurus je.. rileksss.. tarik nafas.. ni bukan pil kurus.. kang jadi isu hangat lagi kang... satu hal nak kene buat press conference lak.. Jika anda ada masalah dlm konflik berat badan, sama ada anda seorang ibu menyusu atau individu normal. (lelaki atau wanita,bujang atau dah berkahwin)...,jgn risau.. tak salah anda mencuba supplemen ini... Shaklee mmg ada menawarkan Cadangan Shape up Program :-).Antara item didalam Cadangan Shape up Program adalah Cinch Shake, Lecitin, Herblax dan Cinch Energy Tea Mix .

Secara asasnya, anda perlukan Protin
(Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%), Lecithin (berfungsi untuk memecahkan lemak2) dan Herblax(utk detox. Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum)

________________________
Cinch™ Shake memberi jawapan segera dan sihat kepada persoalan "Apa yang harus saya makan untuk sarapan pagi?" atau "Apa yang harus saya makan untuk makan tengah hari?". Cinch™ Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan.
  • Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa santapan manis
  • Mengandungi Cinch Pro™ iaitu suatu campuran protein eksklusif diperkaya dengan asid amino leusina
  • Diperkaya dengan Leucine™ untuk memelihara otot
  • Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian
  • Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian
  • Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga
  • Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting
  • Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan
  • Soya bukan GMO



* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
credit

 



Tips Kekal Ramping Untuk Ibu Menyusu

Kepada buat ibu menyusu yang mempunyai masalah berat badan anda :

Penyusuan sebenarnya membantu ibu menurunkan berat badan secara semulajadi. Ini kerana, setiap kali anda menyusukan bayi anda, didalam tubuh anda. Jadi, jika difikir secara logik, sepatutnya berat badan mesti berkurangankan? Tapi mengapa ramai ibu-ibu menyusu yang mengadu lapar dan berat badan semakin bertambah? Jom kita tengok faktor kenaikkan berat badan:




Faktor-Faktor Berat Badan Meningkat.

  • Pengambilan makanan / jumlah kalori melebihi penggunaan tenaga. Walaupun ibu-ibu membakar banyak kalori, tetapi banyak juga makanan yang diambil. Ha.. camne tu?
  • Makanan yang berlebihan diambil ini akan disimpan didalam badan dan menjadi lemak.
  • Ibu-ibu menyusu lebih cenderung berasa lapar setiap kali lepas menyusukan baby/setiap kali selepas pam. Ini kerana badan anda telah membakar kalori, tetapi malangnya bila lapar anda terus mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak. Sepatutnya anda minum air apabila berasa lapar dan makan buah-buahan, bukan snek ya..
  • Sistem penghadaman yang lemah - ramai diantara kita menghadapi masalah berat badan berlebihan kerana sistem penghadaman kita tidak mampu bekerja dengan baik. Akibatnya, lemak-lemak yang terkumpul tidak dapat dikeluarkan dengan baik.

Cara Mengatasi :
  • Banyakkan minum air 3-4 Liter sehari, kerana ibu menyusu perlukan air yang banyak untuk menghasilkan susu yg banyak. Selain daripada itu, pengambilan air yang mencukupi akan membuatkan seseorang itu kenyang dan mengurangkan pengambilan makanan berat dan snek.
  • Mengambil makanan cukup sekadar yang perlu. Walaupun ibu menyusus tak boleh berdiet, kerana dikhuatiri mengganggu penghasilan susu, namun ibu perlu tahu yang pengambilan makanan yang berlebihan juga akan menyumbang kepada kenaikkan berat badan. Jadi makanlah secara bijak.
  • Selepas menyusu anak, jika terasa lapar, minum 2 gelas air kosong untuk mengenyangkan perut, dan jiga berasa lapar juga, ambillah buah-buahan untuk mengalas perut. Jangan ambil snek ya.
  • Buat senaman-senaman bagi membantu meningkatkan kadar metabolisme badan seterusnya meningkatkan fungsi sistem penghadaman. Senaman yang berterusan akan membakar kalori dan membentuk semula tubuh badan.
  • Jika anda tiada masa bersenam, suppliment adalah pilihan yang paling bijak, kerana melalui suppliment anda dapat memecahkan lemah dan mengurangkan selera makan.

Walaupun Suppliment adalah pilihan terbaik untuk yang sibuk, namun bukan semua produk slimming boleh diambil oelh ibu menyusu. Yang pasti Slimming Set Shaklee SELAMAT diambil oleh semua ibu menyusu dan tidak memberi kesan sampingan kepada penyusuan mahupun bayi itu sendiri.

Bagi yang berminat mencuba set slimming, ini adalah antara suppliment yang membantu mengurangkan berat badan di kalangan ibu-ibu menyusu :


(1) Lecithin (bakar) – untuk membakar lemak & kolesterol. Sumber kolina dan pengemulsi lemak. Juga dicadangkan kepada ibu menyusu yang kerap mengalami duktus tersumbat (clogged duct) yang berulang
.
(2) Alfalfa (buang) – sumber serat untuk menyerap pecahan lemak & kolesterol yang dipecahkan oleh lecithin dan mengangkut keluar dari badan. Melawaskan sistem penghadaman dan terkenal sebagai penggalak susu sejak dari zaman dahulu!

(3) ESP Soy Protein Isolate Powder(bina) – sumber protein untuk memelihara otot dalam proses penurunan berat badan. Protein juga terkenal sebagai penggalak susu selain memberi si ibu rasa kenyang lebih lama dan berpanjangan.

''Uniknya Shaklee ni, walaupun ambil set slimming, tapi ada kesan lain yang hebat iaitu muka berseri, keintiman bersama suami bertambah dan semestinya melawaskan pembuangan, bestkan? Dan yang paling penting susu tak terganggu malah semakin meningkat penghasilannya dengan pengambilan alfalfa. ''





 

 



Sukar Hamil Akibat Telur (Ovum) Tidak Matang

Lazimnya,bila wanita berkahwin semua akan tertanya-tanya setelah beberapa bulan mengapa dan kenapa tidak hamil lagi. Maka timbullah pelbagai cerita,pandangan serta kritikan yang negatif yang merencatkan perjalanan sesebuah rumah tangga.




Malah mungkin ada suami yang mula bosan serta mencari jalan lain untuk mendapatkan cahayamata.Maka timbullah isu kahwin dua.Pekara ini mungkin menakutkan bagi isteri yang bermasalah untuk hamil.mungkin juga sudah kering airmata memikirkan nasib dan keadaan diri. Adakah anda sedar bahawa anda juga boleh hamil jika anda mengetahui punca kekurangan dalam diri anda.

Kemandulan wanita berpunca dari ketidak seimbangan hormon dalam badan. Ia terhakis dengan gaya hidup,pemakanan serta pengunaan bahan kosmetik kecantikan yang mempunyai pelbagai bahan kimia yang mematikan sel endoktrin hormon.

Dalam penyiasatan kes kemandulan,60% tumpuan diberikan kepada pihak isteri, Punca kemandulan boleh dikesan dengan beberapa punca antaranya:
1) Kemandulan disebabkan penyakit dalam faraj
2) Penyakit dalam rahim
3) Penyakit dalam saluran tiub falopio dan kegagalan ovulasi (pengeluaran benih).

Daripada punca kemandulan diatas , 99% mengalami masalah kegagalan ovulasi iaitu pengeluaran benih(ovum).

Tahukah anda bahawa pengeluaran ovum dari kilang ovari adalah sangat penting bagi seorang wanita kerana ia akan mengukur tahap kesuburan wanita tersebut.

Tiap-tiap wanita dikurniakan tuhan dengan 2 kilang ovari ketika lahir ovari-ovari tersebut mempunyai 400,000 promodial dolikal iaitu sel-sel yang bakal menjadi ovum. Tetapi dalam hayat seorang wanita hanya 400 sel berjaya menjadi telur (ovum) dan yang lain akan musnah.Biasanya hanya satu telur dikeluarkan dalam satu pusingan haid dan ia dikeluarkan pada hari ke 14 setiap kali haid.

Proses pencantuman antara benih lelaki dan wanita (ovum) mungkin berhasil jika persetubuhan dilakukan ketika waktu subur iaitu ketika ovum terhasil. Jika ia terjadi maka kehamilan akan berlaku.Tetapi jika ovum tidak terhasil maka peluang untuk hamil langsung tiada.

Sedarkah anda, anda juga mungkin berdepan dengan masalah Polycystic Ovari?

InsyaAllah semua ada penawarnya.. yang penting kita berikhtihar..InsyaAllah


Petikan dari blog Dr HamidArshad:

'' Pengeluaran ovum dari kilang ovari adalah sangat penting bagi seseorang wanita kerana ini merupakan salah satu sudut bagi mengukur kesuburannya.
Tiap-tiap wanita biasanya dikurniakan oleh Tuhan dengan dua kilang ovari. Ketika lahir, ovari-ovari itu mempunya sebanyak 400,000 ‘promodial dolikal’ iaitu sel-sel yang bakal menjadi ovum. Tetapi dalam hayat seseorang perempuan hanya lebih kurang 400 sel berjaya menjadi telur (ovum), yang lainnya akan musnah. Biasanya hanya satu telur dikeluarkan dalam satu pusingan haid dan ia dikeluarkan pada hari keempat belas dikira selepas mula keluar haid (jika satu pusingan haid mengambil masa 28 hari), dan tidak kesemua perempuan dalam hayatnya mengeluarkan telur.
Proses percantuman antara benih lelaki dengan ovum perempuan mungkin berhasil jika persetubuhan berlaku pada ‘waktu kesuburan’ iaitu waktu pengeluaran ovum (ovulasi) sedang berlaku. Setiap ovum biasanya mempunyai tempoh hayat selama lebih kurang 48 jam sahaja. Jika percantuman berlaku, besar kemungkinan kehamilan akan dihasilkan tetapi jika tidak, telur ini akan musnah begitu sahaja.''


Energizing Soy Protein (ESP)
Ia adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.
GLA Complex
Diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur. Gamma Linolenic Acid (GLA) bantu wanita hasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai “Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)”. Cecair serviks jenis ini sangat subur, nipis, berair, cerah & likat, dan sangat2 membantu sperma berenang terus ke uterus, ke Tiub Fallopio, dan ke telur (ovum). Tambahan, cecair serviks yang sangat subur ini juga akan bantu sperma hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari di dalam Tiub Fallopio, yang mana akan membantu proses persenyawaan walaupun anda tidak melakukan hubungan seksual semasa si isteri sedang subur (waktu ovulasi).

Zinc Complex
Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, bantu kekalkan jumlah air mani, bantu kekalkan paras testosterone yang bersesuaian, serta memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi lelaki akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, dan penyakit prostat.
Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.
Hubungi :
SMS | WhatsApp : 0195596369 [Maya]
Facebook Page : https://www.facebook.com/Sumaiya Abdul Ghoni




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...