Boucing Red Apple

Get Healthy, Be Happy, Feel Beauty

Jom Klik Like!..

Amalan-Amalan Wanita Semasa Mengandung Menurut Islam


Sememangnya apabila pasangan suami dan isteri yang telah mendirikan rumah tangga menginginkan zuriat,cahayamata atau anak dari darah daging sendiri. Oleh itu sesiapa yang telah mengandung dan sedang mengandung bolehlah mengamalkan tips yang akan saya berikan sebentar lagi yang lebih berlandaskan syariat Islam.

Ketika wanita mengandung dia perlu melakukan dan melaksanakan sesuatu yang diperintahkan oleh Allah swt,harus memahami hakikat manusia, agar menjadi hamba yang bersyukur dengan nikmat dan rezeki anak yang Allah kurniakan itu.

Antara amalan yang disarankan ialah:

1) Banyakkan bertaubat - memohon ampun akan dosa2 yg telah kita lakukan sebelum ini, semoga anak yg bakal lahir itu nanti menjadi anak yang bertaqwa.

2) Menutup Aurat - Sentiasa menutup aurat sesuai dengan ketentuan ajaran Islam. Agar hidup mendapat keberkatan.

3) Banyakkan membaca ayat-ayat suci Al-Quran:
3.1- Surah AlFatihah dan ayat kursi
3.2- Surah Yaasin
3.3- Surah Taubat
3.4- Surah Maryam (untuk mudah bersalin-anak soleh dan taat)
3.5- Surah Yusof (utk memperoleh anak yang cantik, kacak, sihat dan sempurna).
3.6- Surah Luqman (utk mendapatkan anak yg taat)
3.7- Surah An-Nahl ayat 78
3.8- Surah Al-’Araaf ayat 189

Sumber:http://www.rahmanbashri.com/2012/07/amalan-amalan-wanita-semasa-mengandung.html#ixzz2NwtvotJI


0 komen kawan-kawan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...