Boucing Red Apple

Get Healthy, Be Happy, Feel Beauty

Jom Klik Like!..

Tips untuk hilangkan jeragat

Jeragat ialah tompok-tompok hitam yang disebabkan melanin yang terkumpul dan menjadi warna coklat muda atau coklat tua. Kadang kala ia hitam yang terkumpul di muka biasanya berkelompok, baik di pipi mahupun di dahi atau dagu. Jeragat boleh dipudarkan atau dikurangkan, tetapi tidak boleh dipulihkan sama sekali.
 

 
Jeragat boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu seborrhoeic keratoses, melasme dan skin tag. Seborrhoeic keratoses ialah timbul seperti biji hitam atau tahi lalat hidup pada kulit. Melasme pula tompok hitam atau kelabu leper di bawah lapisan kulit. Skin Tag ialah daging lebih berwarna coklat atau kelabu yang kebiasaannya ada pada ketiak dan teher. Jeragat tidak berbahaya namun menyebabkan kulit muka individu kusam dan kotor. Mungkin anda tidak ada jeragat, tetapi mencegah lebih baik sebelum ditimpa masalah ini.


 
Penyebabnya:
1. Ia disebabkan oleh pancaran UV matahari yang menjadikan kelebihan pigmen.
2. Hormon yang tidak seimbang disebabkan mengandung atau menopaus.
3. Gelisah dan tidak cukup tidur.
4. Menggunakan makeup yang tidak berkualiti dan bermutu rendah.
5. Disebabkan oleh masalah pada limpa.
 


Rawatan Moden
a. Lindungi kulit anda daripada matahari dengan menggunakan “skin care” dan barangan makeup yang mengandungi “sunscreen” iaitu bahan pelindung matahari. Tidur dengan cukup dan jauhi daripada kegelisahan.
b. Pastikan barangan makeup yang anda pakai bermutu tinggi. Urutan pada muka anda boleh merangsang peredaran darah dan mempercepatkan pemulihan.
 


Rawatan Tradisional

Petua 1 : Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkannya selama 5 minit dan bersihkan muka anda dengan air bersih.
 
Petua 2: Ambil putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka anda sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.
 
Petua 3: Kutip beberapa helai sireh muda dan simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.
 
Petua 4: Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah ia kembang, kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di seluruh muka anda dan biarkan ia kering lebih kurang 20 – 30 minit. Kemudian, lembabkan muka anda, gosok (seperti scrub) dan cuci. Bagi mendapatkan kesegaran, cuci muka anda dengan air suam.
 
Petua 5: Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka anda. Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. Jeragat anda akan hilang dan kulit muka menjadi halus dan gebu.
 


Pengambilan vitamin juga membantu dalam mengurangkan masalah jeragat
 
Vitamin B complex : ianya penting dalam kestabilan hormon kita. Kekurangan b complex dalam badan boleh membuatkan kita cepat letih, cepat marah atau moody, cemburu dan banyak lagi. Bila kita dalam keadaan hormon yang tidak stabil jerawat/jeragat akan mudah terhasil.
 
Vitamin C : ianya sangat penting dalam pembentukan kolagen. Ramai kita yang sibuk nak beli kolagen walhal hanya dengan mengamalkan makanan yang tinggi kandungan vitamin C membantu penghasilan kolagen dengan lebih baik.
 
Vitamin E : terkenal sebagai vitamin awet muda. Ia juga dikatakan melambatkan proses penuaan. Selain itu vitamin E juga dikatakan membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Vitamin E juga membantu mengurangkan kesan kulit jeragat selain pengambilan beta carotene. Vitamin E sangat membantu bagi mereka yang mempunyai masalah kulit yang berminyak.
 
Protien : sangat penting dalam penghasilan sel baru. Ianya membantu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jerawat). Tompokan hitam pada kulit akibat jerawat sangat sukar dihilangkan kerana kita tidak mendapat cukup protien yang membantu dalam penghasilan sel baru. Untuk dapatkan kulit yang cantik kita perlulah mendapatkan makanan yang bersumberkan protien yang baik.
 
Air sangat penting dalam pengaliran darah , penyerapan semua nutrien dari sumber makanan untuk diserap oleh tubuh. kekurangan air boleh menyebabkan jerawat mudah terhasil. kekurangan air boleh menyebabkan kita mempunyai kulit yang kering seterusnya mempunyai kulit yang bermasalah.

 
Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut serta konsultasi percuma
sms/whatsapp/viber maya @ 0195596963
 


0 komen kawan-kawan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...