Boucing Red Apple

Get Healthy, Be Happy, Feel Beauty

Jom Klik Like!..

Jom Solat Dhuha!


“Sahaja aku bersolat sunat Dhuha, 2 rakaat kerana Allah Ta’ala”
 
Solat Sunat Dhuha
 
Waktu dhuha merupakan waktu di antara ketika matahari naik sehingga matahari mulai condong. Di Malaysia, waktu dhuha bermula pada lebih kurang jam 8.30 pagi. Waktu sebelum itu ialah waktu syuruk.
 
Solat dhuha dilakukan pada waktu dhuha, dan hukumnya adalah sunat mu’akaddah, bermaksud sunat yang dituntut. Justeru itu, solat dhuha sangat dituntut untuk diamalkan setiap hari.
 
Solat dhuha paling minima dilakukan 2 rakaat, namun ada hadis yang menyebut solat ini boleh dilakukan sebanyak 4, 6 atau 8 rakaat.
 
Daripada Abu Hurairah radhiallahu’ anh, dia berkata:

أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَام.َ
Maksudnya: Kekasihku shallallahu ‘alaihi wasallam telah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan mengerjakan solat Witir sebelum tidur – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Shaum, no: 1981.

Besarnya ganjaran bersolat dhuha

1. Solat Dhuha adalah sedekah

Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda, maksudnya:
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.
2. Allah mengurniakan rezeki yang cukup setiap hari

Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman, maksudnya:
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.
3. Pahala seperti mengerjakan haji dan umrah

Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah,no: 535.
4. Solat dhuha adalah solat orang-orang yang bertaubat

Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda, maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748. 

Cara Mengerjakan Solat Dhuha

Solat ini boleh dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat.
.
1. Niatnya:
.
.
2. Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
.
a. Solat sunat Dhuha dua rakaat:
i/ Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/ As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/ Al-lail dan Al-Insyirah.
.
b. Solat Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i/ Solat Pertama : As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/ Solat Seterusnya : Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas
.
.
3. Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:
.
.
4. Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:
.
.
5. Berdoa
.

Fadhilat Solat Dhuha

Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
  • Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
  • Rasulullah SAW bersabda: “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.” (HR At-Tabrani)
  • Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an, “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.” (HR. Haklim dan Tabrani). 


PowerPumping


Apa itu Power Pumping?
Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara tidak langsungmeningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?
1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Kaedahnya?
Untuk Single pump / hand expression
pam sebelah kanan 10 minit, kemudian kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10 minit berterusan selama sejam.


Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknyanya waktu malam ke subuh, pengeluaran hormon lebih tinggi pada tinggi waktu ni.

Power pump di hujung minggu Ada juga ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang weekend, dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja (weekdays)

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Power pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata,teruskan misi sehingga mendapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyaAllah dipermudahkanNya.

Tips umum mengepam
- Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk powerpumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunatterutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan powerpumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih :)
- Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke 1jam selepas pengambilannya
- Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan
- Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam
- Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu
- Pum setiap 2-4jam sekali
- Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik :)
- Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain :)

Happy pumping!


Cadangan Family Wellness Set

Kebaikan cadangan set kesihatan keluarga family wellnes ini:

- Membantu anda berasa lebih bertenaga

- Membantu anda mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh

- Menguatkan sistem imun anda

- Membekalkan khasiat untuk kulit, rambut, kuku, tulang dan otot yang    sihat

*********

Apa yang terkandung dalam Cadangan Set Family Wellness?

 
1. VITA-LEA ® IRON FORMULA – 120 tablets

2. ENERGIZING SOY PROTEIN – 850g

3. SUSTAINED RELEASE VITA-C™ 500MG – 180 tablets

4. B-COMPLEX – 120 tablets

 
$$$$$ RETAIL PRICE $$$$$

RM385(WM) | RM402.50 (EM)

***********

Berminat untuk mencuba atau mendapatkan pek percubaan? Ingin harga istimewa? Jom Hubungi saya

COD Area : Alor Setar/Jitra/Pokok Sena
sms/whatsapp/viber maya @ 019-5596963


 


Tanda dan Rawatan Gastrik

 
Gastrik antara masalah sangat lazim dan secara umumnya ia boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu gastritis (keradangan lapisan mukosa yang melapik dinding perut) dan ulser perut atau peptik pada lapisan sel yang lebih dalam (lebih teruk berbanding gastritis).

Biasanya apabila orang berkata mereka ada masalah gastrik, ia merujuk kepada keadaan pertama (gastritis).

Secara semula jadi, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik (dengan pH 1 hingga pH 2) yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena tangan, kulit akan terkakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.

Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik (terlalu banyak) dengan kekuatan lapisan pertahanan (menjadi lemah). Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.


Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah.

Tanda Gastrik

Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :

* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
* Rasa senak, berangin atau pedih
* Rasa tidak selesa
* Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
* Rasa mual (loya) dan muntah
* Hilang selera makan
* Berat badan turun (pada peringkat teruk)

Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :

* Najis menjadi hitam seperti tar
* Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi


Siapa Yang Berisiko?

Gastrik adalah masalah sangat lazim dan boleh berlaku pada sesiapa saja. Secara umumnya lebih ramai lelaki mengalami masalah gastrik dengan nisbah 1.5 hingga 2 kali ganda berbanding wanita. Ia biasanya disebabkan gaya hidup dan faktor risiko seperti :

# Individu yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh lama seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAID). Ini termasuk aspirin (yang diambil pesakit jantung untuk mencairkan darah)

Tempoh pengambilan ubat yang membolehkan seseorang mengalami gastrik berbeza antara individu kerana bagi orang yang sensitif, pengambilan selama beberapa minggu boleh menyebabkan masalah ini

# Merokok dan banyak minum minuman keras. Asap rokok dan alkohol boleh memberi kesan negatif dan mencederakan lapisan pertahanan (lapisan mukosa)


# Jangkitan bakteria Helikobakter pilori (H pilori). Bakteria ini berupaya melemahkan lapisan mukosa melalui 2 cara iaitu :

i) Bakteria H pilori menghasilkan enzim urase yang memecah atau menguraikan urea kepada ammonia. Ammonia ini bahan toksik yang boleh menjejaskan lapisan mukosa. Kehadiran banyak ammonia melemahkan lapisan pertahanan yang menyebabkan asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan mengakibatkan keradangan

ii) Bakteria H pilori mempunyai bentuk berpilin (berlingkar). Jadi ia boleh membuat lubang pada lapisan mukosa (seperti lubang cacing) yang akhirnya melemahkan lapisan pertahanan ini

# Individu yang banyak mengalami tekanan sama ada tekanan kerja, peribadi, sosial atau mendapat jangkitan kuman yang teruk juga lebih berisiko diserang masalah gastrik. Malah masalah gastrik juga kerap dikesan pada pesakit yang baru menjalani pembedahan besar kerana pembedahan juga adalah satu bentuk tekanan kepada badan.

# Individu yang suka mengambil ubat tradisional, terutama yang mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid supaya ia lebih berkesan dan mujarab.


Rawatan

Ada 3 jenis ubat untuk gastrik iaitu :

* Antasid - bertindak memperbaiki dan memberi lapisan tambahan kepada lapisan pertahanan (mukosa) yang diambil 3 kali sehari

* Antagonis H2 - berfungsi mengurangkan rembesan asid. Ubat antasid dan antagonis H2 diberi untuk gastritis

* Perencat pam proton (PPI) - bertujuan mengurangkan rembesan asid dengan lebih berkesan; biasanya diberi kepada pesakit yang alami gastritis teruk atau ulser perut

Masalah yang kerap berlaku ialah pesakit tidak menghabiskan ubat diberi dan biasanya mereka berhenti mengambil ubat selepas 3 atau 4 hari iaitu apabila kesakitan hilang.


Mengapa perlu menghabiskan ubat? Ubat diberi sebenarnya membantu memulihkan lapisan pertahanan dalam perut dan ia mengambil masa 2 minggu untuk kembali normal. Memberhentikan pengambilan ubat selepas 3 atau 4 hari bermakna anda sengaja mengundang gastrik untuk datang balik.

Malah lebih baik jika pesakit jalani pemeriksaan teropong perut (endoskopi) untuk mengetahui tahap masalah dan melihat sama ada pesakit mengalami jangkitan bakteria H pilori bagi menentukan jenis ubat yang sesuai.

Jaga Pemakanan, Ubah Gaya Hidup

Selain pengambilan ubat, pesakit perlu menjaga pemakanan dan mengubah gaya hidup bagi mengelak serangan gastrik berulang. Antara perubahan yang perlu dilakukan ialah :


* Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol

* Hentikan pengambilan ubat tahan sakit

* Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur

* Makan sedikit-sedikit tetapi kerap

* Kurangkan makanan berempah, bercili, masam

* Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)

* Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut

* Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini berbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing

sumber : http://www.sihatselalu.com.my/2010/08/tanda-dan-rawatan-gastrik.html


Semuanya Tentang ESP Shaklee

 
Berminat untuk mencuba ? Ingin harga istimewa?

COD Area : Alor Setar/Jitra/Pokok Sena
sms/whatsapp/viber maya @ 019-5596963




Diet & Pemakanan Sewaktu Hamil

Makan Dengan Bijak & Selamat

Sebaik - baiknya, makanan yang mampu dicerna oleh janin seharusnya diberi keutamaan, melainkan ia benar – benar berkualiti baik. Oleh itu, anda perlu menyediakan diri anda dengan pelbagai maklumat yang paling utama mengenai pemakanan seimbang selama tempoh hamil. Juga, pastikan makanan yang anda makan benar-benar serasi bagi anda dan si kecil. Dengan begitu, janin akan membesar dengan sihat. Bukan itu sahaja, kesihatan ibu yang hamil juga tetap terjamin.

Apakah makanan seimbang yang sesuai sewaktu hamil? Sejak di awal kehamilan, sebaiknya anda (ibu hamil) menjaga kualiti dan kuantiti makanan yang disediakan. Dan perlu ketahui juga, anda memerlukan tambahan kalori, protein, vitamin, dan mineral. Kenapa? Ia adalah untuk kesihatan si kecil dan juga anda.
Semasa hamil, paras kalori anda perlu ditambah lagi pada peringkat ke-2 dan ke-3. Biasanya, sekitar 285 kcal/hari. Bagaimana dengan protein? Pada kebiasaannya anda hanya memerlukan sebanyak 48 g sehari, tetapi, sewaktu hamil ia harus ditingkatkan kepada 12 g / hari. Begitu juga dengan vitamin dan mineral.
Contohnya, asid folik yang tadinya cukup 150 mg/hari, perlu ditambah lagi sekitar 150 mg/hari. Kelihatannya agak rumit ya? Oleh itu, sebaiknya berbincangah dengan doktor anda untuk mengira jumlah zat pemakanan yang harus anda ambil ketika saat kehamilan. Anda juga boleh mengatur keperluan jadual pemakanan anda sewaktu hamil berdasarkan konsep piramid makanan. Mengikut konsep piramid makanan, semakin ke bawah, semakin besar keperluan yang harus anda penuhi setiap hari.
Lihat pada Piramid Makanan di bawah, urutan keperluan dari atas ke bawah adalah:
Lemak dan gula (secukupnya saja)
Susu, yogurt, dan keju (2-4 hidangan/hari)
Ikan, daging (sapi, ayam), telur, dan sumber protein lainnya (2 hidangan/hari)
Sayur dan buah-buahan (4-5 hidangan/hari)
Roti, serealia, nasi, dan pasta (4-6 hidangan/hari)

Satu perkara yang anda perlu ketahui, janin anda akan sentiasa menyerap zat-zat yang diperlukan daripada tubuh anda, oleh itu, jika tubuh anda kekurangan zat yang tertentu, ia akan memberikan kesan kepada diri anda dan tidak mustahil juga kepada janin anda. Contohnya, janin akan sentiasa mengambil kalsium yang tersedia ada di dalam tulang anda , oleh itu apabila tubuh anda kekurangan kalsium, anda mungkin akan mengalami kerapuhan tulang atau osteoporosis kelak.
Satu perkara lagi yang perlu anda ketahui, keperluan zat pada setiap peringkat kehamilan adalah berbeza beza. Mengapa? Ini kerana, ada zat yang amat diperlukan oleh janin anda secara optimun pada usia tertentu.

Peringkat ke-1:
Peringkat awal bagi pembentukan organ janin (sistem saraf, otak, jaringan, otot, dan sel-sel darah) dan pembentukan plasenta. Jadi, selain memerlukan makanan yangi seimbang, jangan abaikan keperluan tubuh anda yang memerlukan protein, asid folik, zink, dan zat besi. Perlu diketahui, selain zat besi, hati juga mengandungi vitamin A yang tinggi, ini boleh menyebabkan kesan sampingan kepada bayi dan mungkin akan menyebabkan bayi yang lahir cacat. Oleh itu, elakkan memakan hati, khususnya di peringkat ini.

Peringkat ke-2:
Masa pertumbuhan janin dan plasenta, serta pertambahan volume darah. Jangan lupa, pengambilan protein, kalsium dan zat besi mestilah mencukupi.

Peringkat 3:
Masa untuk mengoptimunkan pertumbuhan otak janin, perlu bersiap sedia untuk persalinan danmenyusukan bayi. Sekarang, tubuh anda perlu cukup zat besi, kalsium, vitamin B6, dan asam lemak omega- 3 (misalnya, dari salmon dan tuna).

Katakan TIDAK pada makanan ini Makanan yang anda makan sangat menentukan tahap kesihatan janin anda. Oleh itu, jangan ambil mudah dengan makanan anda. Secara mudahnya, berikut adalah makanan yang tidak digalakkan untuk dimakan sewaktu tempoh kehamilan:

Perasa Tambahan atau zat yang ditambahkan pada makanan, seperti MSG (Mono Sodium Glutamat), kerana dipercayai mampu mengganggu pembesaran janin, khususnya perkembangan otaknya. Makanan yang telah diawetkan atau diasap, seperti sosej, kornet, salami, bacon (daging anjing), ham (daging babi), daging asap, ikan asap, dan sebagainya. Sebab, mungkin semasa mengandung, sodium nitrit yang dalam tubuh diubah menjadi nitrosamin. Sedangkan, zat tersebut dapat menyebabkan timbulnya barah dan mengganggu perkembangan janin. Lalu, zat pewarna dalam sosej dan kornet, iaitu sendawa, juga berbahaya pada tubuh. Makanan yang banyak garam, seperti ikan asin, telur asin, ikan pindang, dan sebagainya. Makanan yang berkalori tinggi, tapi tidak berzat.Misalnya, burger, hotdog, kentang goreng, kerepek, dan sebagainya. Sebab, kandungan kalori, lemak, dan garam pada makanan tersebut biasanya sangat tinggi, namun sangat minima kandungan seratnya.
Makanan yang tidak boleh diolah dengan sempurna, kerana selalunya masih mengandungi kuman. Misalnya, bakteri Listeria monocytogenes yang sering mencemari daging, ayam, dan ikan yang diolah setengah matang, dapat mengakibatkan keguguran atau bayi lahir meninggal. Atau, ayam dan telur yang dimakan mentah atau setengah matang dihinggapi oleh bakteri Salmonella, secara tidak langsung boleh mengakibatkan keguguran atau kelahiran pramatang.

Hindari makanan berlemak, sebab boleh mengakibatkan mual pada peringkat pertama, disamping menyebabkan berat badan anda bertambah secara drastik. Nutrisi yang Vital meningkatnya hormon kehamilan secara tidak langsung akan membuat tubuh anda melakukan pelbagai penyesuaian. Ya, ini tidak lain untuk perkembangan janin, persiapan persalinan dan menyusui si kecil kelak. Tidak hairanlah kalau keperluan tubuh akan berubah, zat-zat yang diperlukan lebih tinggi dari sebelumnya. Jadi, sebelum anda menjamah sesuatu makanan, pastikan dulu apakah zat-zat penting yang diperlukan oleh tubuh anda.. Apakah dia?
  
Kalori (tenaga)
Diperlukan untuk pertumbuhan janin, metabolisme (akibat perubahan dalam tubuh anda), serta cadangan protein. Jadi, kalori biasanya boleh didapati daripada bahan makanan yang mengandung karbohidrat, protein, dan lemak. Tetapi, tenaga yang dihasilkan dari lemak lebih banyak dari karbohidat. Rata-rata lemak menghasilkan tenaga sebesar 9 kcal per gram.

Karbohidrat
Adalah sumber tenaga. Tubuh memang memerlukan “bahan bakar” atau tenaga untuk melakukan aktiviti sehari-harian. Sumber karbohidrat adalah beras yang tidak digiling (dihancurkan), mee, roti, kentang, gula, dan sebagainya.

Protein
Berfungsi untuk memelihara sel, menghasilkan hemoglobin, membentuk kekebalan tubuh, mengoptimalkan perkembangan otak janin, menyiapkan produksi Air Susu Ibu (ASI), dan sebagainya. Protein biasa didapati dari produk haiwan (daging, ikan, telur, susu, keju, dan hasil laut) dan produk tumbuh-tumbuhan (kacangkacangan, biji-bijian, tempe, tahu, oncom, dan lain - lainnya). Jika ingin lengkap, gabungkan saja protein dari haiwan dan tumbuh - tumbuhan.

Lemak
Seringkali menjadi cemuhan, bahkan dimusuhi. Meski pun begitu, anda tetap perlu memperolehinya, sekadar mencukupinya saja. Lemak adalah sumber kalori terbanyak, pelarut vitamin (A, D, E, dan K), pembekal tenaga tambahan, membantu perkembangan sistem saraf janin, dan sebagainya. Di mana ia boleh diperolehi? Mentega, minyak sayur, ikan, susu, keju, daging, telur, kekacang dan lain-lain. Vitamin Meski pun diperolehi dalam kuantiti yang kecil, vitamin berperananan penting dalam menjaga kelancaran proses metabolisme tubuh dan fungsi organ tubuh. Apakah jenis-jenis vitamin yang diperlukan?

1. Vitamin A
Diperlukan untuk pertumbuhan sel, mencegah terjadinya penyakit keturunan, pertumbuhan tulang, menjaga fungsi rahim, dan sebagainya. Vitamin A ada pada buah – buahan dan sayuran berwarna hijau atau kuning, mentega, susu, kuning telur, dan lainnya.

2. Vitamin B
Terbahagi kepada beberapa vitamin, seperti B1 (tiamin), B2 (riboflavin), B3 (niasin), B6 (piridoksin), B12 (kobalamin), dan sebagainya. Tugas vitamin B cukup banyak juga, seperti untuk metabolisme karbohidrat, metabolisme protein, menjaga fungsi sel dan jaringan, pembentukan sel darah merah, pertumbuhan janin, dan sebagainya. Makanan apa yang kaya vitamin ini? Daging, telur, susu, keju, kacang-kacangan, biji - bijian, padi-padian, bayam, tomatoo, pisang, avokadoo, beras merah, dan lain - lain lagi.

3. Vitamin C
Diperlukan untuk penyerapan zat besi, memperbaiki jaringan yang rosak, pembentukan tulang, meningkatkan daya tahan tubuh, sebagai jaringan penghubung antara sel, dan sebagainya. Jadi, vitamin C selalunya diperoleh dari jeruk, cabai, tomatoo, nenas, dan sebagainya.

4. Vitamin D
Penting untuk pembentukan tulang dan gigi, serta membantu tubuh dalam menyerap kalsium dan fosforus. Dari mana boleh diperolehi? Susu, kuning telur, mentega, ikan, dan banyak lagi.

5. Vitamin E
Banyak juga manfaatnya, iaitu mencegah kerosakan enzim dan sel, sebagai antioksidan, mencegah terjadinya keguguran, dan lain-lain. Terdapat pada kacang soya, jagung, ikan, telur, dan sebagainya,

6. Vitamin K
Penting untuk mencegah perdarahan setelah bersalin. Anda dapat perolehi dari sayuran hijau, gandum, buah-buahan, telur, susu, dan lain-lain.

Mineral
Seperti dengan vitamin, mineral juga diperlukan untuk metabolisme dalam tubuh. Apakah jenis-jenis mineral yang diperlukan?

1. Fosforus (P)
Untuk pembentukan tulang dan gigi janin, memperbaiki jaringan, meningkatkan metabolisme fosforus anda, dan sebagainya. Banyak didapati pada daging, ikan, telur, susu, keju, polongpolongan, dan lainnya.

2. Iodin (I)
Penting untuk metabolisme, kesihatan janin kelak, dan produksi hormon tiroksin (mengatur pertumbuhan). Sumber mineral ini adalah hasil laut, ganggang laut, dan garam beriodin.



3. Kalsium (Ca)
Berperananan dalam pembentukan tulang dan gigi janin, pembekuan darah, meningkatkan metabolisme kalsium, dan sebagainya. Biasanya anda boleh dapati dari susu (sumber terbaik), keju, aiskrim, rumput laut, roti, ikan yang tulangnya boleh dimakan (sardin), dan lainnya.

4. Magnesium (Mg)
Diperlukan untuk metabolisme protein dan karbohidrat, mengaktifkan enzim, fungsi saraf dan otot, dan sebagainya. Ada pada biji-bijian, kekacang dan lain-lain.

5. Zink (Zn)
Untuk mengoptimalkan perkembangan otak, mencegah terjadinya kelainan bawaan, mencegah anemia, mencegah terjadinya keguguran, dan sebagainya. Sumbernya? Hasil laut (terutama ikan yang berlemak tinggi), daging, telur, popcorn, dan sebagainya.

6. Zat besi (Fe)
Diperlukan untuk pembentukan hemoglobin, cadangan zat besi janin, dan sebagainya. Biasa diperoleh dari daging berwarna merah, bayam, kangkung, dan kekacang.
sumber : http://xtraxs.webs.com/
 


Testimoni Set 3M Shaklee

Lagi testimoni yang mengamalkan set 3M ~ selain dapat memberikan kekenyangan yang berpanjangan kepada baby, kulit baby juga semakin gebu dan halus... :)



Set 3M Shaklee: Our super duper milk booster product

Set 3M? Kenapa 3M? Sebenarnya 3M adalah Mom's Marvelous Milk. Mmg marvelous pun kan? Set ini selalu mendapat permintaan tinggi.
Buat yang baru nak mengenali Set 3M ni, ia sebenarnya terdiri daripada
  • Vitalea (Multivitamin)
  • Vit C
  • B complex
  • Alfalfa
  • Ostematrix
  • ESP
  
Jom lihat satu persatu bagaimana set 3M ni dikatakan dapat boost lagi penghasilan susu.

Apa kepentingan setiap supplemen ini pula?
Vitalea : untuk memastikan keperluan 12 vitamin dan 7 galian dipenuhi. Rata2 pengambilan makanan seharian kita tidak dapat memenuhi keperluan ini atas banyak sebab dan kekangan.Dan uniknya Vitalea @ multivitamin shaklee kerana ianya mengandungi iron formula yang sangat penting bagi tubuh.

B Complex : lengkap dengan 8 kumpulan B termasuk asid folik yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil.Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress ,menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

Vitamin C :  membantu meningkatkan sistem imunisasi badan. Penambilan bersama Vita-lea Iron Formula meningkatkan kadar penyerapan iron dalam tubuh

Alfalfa : raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU IBU. Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan…secara automatik kesan baik pd bby..susah nak kena kembung.

Ostematrix : Kalsium penting untuk bina darah, bina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh. Bagi ibu-ibu yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari yang sedia dalam tubuh ibu. Jika perkara ini berlarutan dan si ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka si ibu tadi akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua. Sebab itu pengambilan sumber kalsium tidak boleh dipandang ringan sama sekali. Jika perasan ada sesetengah ibu yang apabila melalui menstrual (period) susunya akan merundum…ini disebabkan kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkirkan.
 
ESP - Soy Protein Isolate Powder : Kompisis vitamin utama dalam susu ibu ialah protein. Protein adalah makanan sel. Sel tak kenal nasi lemak, air soya atau tempe tetapi sel hanya perlukan protein iaitu khasiat dari makanan yang diambil. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu. Mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan.Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga. Protein sangat sensitif. Ianya wujud pada suhu badan kita dan mudah terhapus pada suhu yang tinggi. So apabila kita memasak sumber protein seperti ikan goreng pada suhu yang tinggi, hakikatnya banyak protein yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri. klik sini utk lihat testimoni customer mamasyiaqira.

Klik sini untuk lihat senarai harga

Berminat untuk mencuba atau mendapatkan pek percubaan? Ingin harga istimewa?

COD Area : Alor Setar/Jitra/Pokok Sena
sms/whatsapp/viber maya @ 019-5596963



Senarai Harga Penuh Produk Shaklee


Hubungi saya untuk mendapatkan suppliment anda :

 

Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:

Maya | ID: 918781 | Call/SMS/Whatsapp/Viber 019-5596963
Email: syiaqira@yahoo.com
OR
Add sy sebagai Friend di FB Sumaiya Abdul Ghoni



Atasi batuk, selsema, jangkitan virus, demam dan kurang antibodi dengan NUTRIFERON

"anak saya demam lagi..."
"iye..? anak saya pun tak sihat sekarang ni..."

kita biasa mendengar perbualan sedemikian rupa.

Apa penyebab anak-anak kita (dan mungkin, kita pun turut serta) untuk tidak sihat.. Demam, batuk, selsema, viral infections..

Untuk mengatasi masalah-masalah di atas, kita perlu mengetahui punca masalah-masalah tersebut. Macam mana ia boleh terjadi?

~adakah nursery terlalu sesak? dan ada kanak-kanak yang kurang sihat?
~adakah anak kita terkena hujan petang semalam?
~adakah persekitaran rumah kurang selesa / berhabuk dan sebagainya?

So, from punca, kita boleh cari jalan bagaimana hendak atasi masalah.

~macam dari nursery, kita hantar ke rumah pengasuh... dan sebagainya.
~kita juga boleh meningkatkan pertahanan badan dengan pemakanan kita.
~Ingat, YOU ARE WHAT YOU EAT. Anda adalah apa yang anda makan.
~So pemakanan memainkan peranan yang sangat penting sebenarnya.

Adakah anak anda mendapat nutrien secukupnya? Makanan seimbang?

~Sekiranya tidak pasti, elok sangatlah kiranya kalau kita dapat membekalkan dengan makanan tambahan / supplemen.

~Supplemen / vitamin sebenarnya memainkan peranan yang penting kerana tidak semua makanan yang kita makan mengandungi zat-zat yang diperlukan oleh badan.

~Oleh yang demikian, mahu atau tidak, suka atau tidak, kita memang perlu / terpaksa mengambil suplemen / vitamin.
Vitamin apa yang perlu diambil?

ye, pengambilan vitamin perlulah bersesuaian dengan tubuh badan dan keperluan badan.

Untuk masalah-masalah yang saya cerita di atas, iaitu batuk, selsema, demam dan viral infection, apa yang diperlukan anda / anak anda adalah NUTRIFERON.

APA YG MENARIKNYA BULAN APRIL 2013 INI PROMOSI BELI 6 KOTAK  PERCUMA 1 KOTAK NUTRIFERON  ~ JOM AJAK SEDARA MARA SEMUA PAKAT2 SHARE BELI UNTUK DIRI DAN KELUARGA TERSAYANG....



Apakah Nutriferon?

Nutriferon dicipta oleh individu yang menemui interferon iaitu ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojim. Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.

NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee. Sebagai suatu suplemen yang hebat dan efektif, ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.



Siapa yang memerlukan Nutriferon?

~Individu yang ingin kukuhkan sistem imun.

~Individu yang menghadapi masalah sistem imun.

~Individu yang mendapati pengambilan vitamin C (dos lebih) tidak memberi kesan ke atas penyakit yang dihidapi.

~Individu yang apabila sakit (demam), sakitnya (demamnya) akan berpanjangan melebihi seminggu.

~Ibu menyusu, namun mendapati anaknya masih kerap demam, dan demam berpanjangan.

Berkesankah?
Mengikut review, setelah menggunakannya, 1 - 2 kali, sakit yang dihidapi (demam, batuk, selsema dan viral infection) telahpun berjaya diatasi.

Nutriferon hanyalah perlu diambil sekali dalam seminggu sahaja, dan mengambilnya dengan kerap sedikit apabila anda / anak anda tidak sihat.

Berminat untuk mencuba atau mendapatkan pek percubaan? Ingin harga istimewa?
COD Area : Alor Setar/Jitra/Pokok Sena
sms/whatsapp/viber maya @ 019-5596963

 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...