Boucing Red Apple

Get Healthy, Be Happy, Feel Beauty

Jom Klik Like!..

22 Cara Diet Pemakanan Rasulullah S.A.W

22 Cara Diet Pemakanan Rasulullah S.A.W| Sebab itu baginda jarang mendapat penyakit kerana mengamalkan Diet Pemakanan yang sebetulnya, bukan seperti yang diwar-warkan oleh Yahudi.





1.Suka minum susu.

Merupakan makanan kegemaran Rasulullah SAW. Susu kaya dengan protein, kalsium, vitamin A dan B. Zat protein berkualiti tinggi penting untuk membina tisu badan serta crucial untuk pembentukan antibodi melawan penyakit. Zat Kalsium dalam susu pula mudah diserap oleh badan dan kita semua tahu kalsium memang penting untuk pembinaan gigi dan tulang.

2. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging, ayam ataupun ikan.

Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat daripada makan ikan bersama susu. Dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion-(Negative Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindak balas biokimia yang aktif dalam tubuh sekali gus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk

3. Rasulullah SAW melarang meminum susu bersama cuka.

Kerana cuka boleh merencatkan penyerapan protein susu dan kemasaman nya boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya lama kelamaan boleh menyebabkan gastrik.

4. Rasulullah SAW tidak makan ikan bersama daging, telur atau daun salad.

Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat bercampur makanan laut misalnya memakan nasi berlaukkan tom yam dan lauk kenduri. Haiwan di laut dan di daratan mengandungi cas ion yang berbeza, kalau kita campurkan juga, sistem usus dalam perut kita akan rosak. jadi, ia bakal mengundang penyakit dan membahayakan kesihatan.

4. Rasulullah SAW tidak makan ikan bersama daging, telur atau daun salad.

Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat bercampur makanan laut misalnya memakan nasi berlaukkan tom yam dan lauk kenduri. Haiwan di laut dan di daratan mengandungi cas ion yang berbeza, kalau kita campurkan juga, sistem usus dalam perut kita akan rosak. jadi, ia bakal mengundang penyakit dan membahayakan kesihatan.

5. Rasulullah SAW memakan buah-buahan terlebih dahulu.

Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi). Kita tak sepatutnya makan buah selepas makan nasi. Buah-buahan mengandungi serat/fibre yang tinggi. Apabila kita makan buah sebelum makan nasi, secara automatik perut kita telah penuh dengan serat. jadi, kita tak akan makan nasi dalam kuantiti yang banyak..

6. Rasulullah SAW biasa memakan bijirin seperti Habbatus Sawda’, barli dan oat.

Menurut Bukhari-Muslim, Nabi SAW bersabda:

Al-Habbah Al-Sawda’ mempunyai ubat bagi segala penyakit kecuali mati.

Pemakanan berasaskan bijian-bijian sememangnya berkhasiat kerana ia kaya dengan bahan phytonutrients. Phytonutrients adalah sejenis antioksidan yang berkuasa tinggi yang mampu meningkatkan sistem pertahanan badan, menyihatkan jantung, mengawal penyakit kencing manis dan kegemukan melampau serta juga mampu mencegah kanser.

7. Baginda SAW juga memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli.

Gandum sempurna mempunyai perbezaan berbanding tepung gandum proses kerana ia mengandungi kadar protein, serat dan vitamin E tinggi yang mengurangkan risiko penyakit jantung dan merendahkan kadar kolesterol. Roti gandum mengandungi karbohidrat di mana setiap individu memerlukan 50 hingga 60 peratus karbohidrat setiap hari untuk membekalkan tenaga dan juga mempunyai zat-zat logam yang lain, vitamin dan serat untuk kepentingan kesihatan manusia.

Mengikut riwayat oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata,

Keluarga nabi tidak pernah kenyang dengan memakan roti gandum dua hari berturut-turut dan (pada hari mereka tidak memperoleh roti) mereka memakan tamar.

8. Buah tamar (kurma)

Sememangnya sinonim dalam kehidupan Rasulullah SAW, ia dianggap sebagai makanan yang sempurna kerana ia mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan untuk kesihatan manusia. Kandungan serat yang tinggi dan lemak yang rendah serta gabungan beberapa zat lain yang terkandung di dalam buah tamar menyebabkan ia amat berkhasiat dan sentiasa digemari dan menjadi hidangan penting bagi nabi dan keluarga. Manakala buah tamar pula mempunyai unsur- unsur seperti karbohidrat, protein, serat, lemak serta zat logam yang lain untuk melengkapkan lagi hidangan tersebut. Ada sejarah di mana, seorang wanita Yahudi telah meletakkan racun dalam makanan Rasulullah SAW, dan ternyata bisa racun itu dapat di neutralkan oleh khasiat yang terdapat di dalam kurma yang dimakan oleh Baginda SAW. Sebab itulah Rasulullah SAW mengibaratkan orang yang tidak mempunyai kurma di rumahnya sebagai orang miskin.

Bukhari dan Muslim meriwayatkan; bahawa Aisyah berkata,

Ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan. Yang ada (untuk dijadikan makanan) hanyalah buah tamar dan air. Melainkan kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging.

9. Nabi SAW juga memakan buah-buahan lain seperti tembikai.

Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan bahawa Aisyah pernah berkata, Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama dengan buat tamar basah. Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi antioksidan yang disebut lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser.

10. Rasulullah SAW juga menggemari sayuran dari jenis mentimun.

Mentimun kaya dengan air justeru ia menyejukkan badan. Di samping itu, mentimun juga mengandungi vitamin C yang mampu meredakan radang kulit dan juga mengandungi silika. Silika merupakan unsur penting yang diperlukan bagi menjamin kesihatan sistem saraf yang melibatkan otot, tendon, ligamen dan tulang. Oleh kerana mentimun mengandungi banyak air, maka pengambilannya dengan makanan yang berserat merupakan satu langkah yang baik kerana ia akan memberi manfaat yang lebih berkesan kepada kesihatan tubuh badan.

11. Nabi SAW juga menggalakkan pengambilan madu.

Baginda SAW mengamalkan minum air sejuk yang bercampur sedikit madu setiap pagi. Ia menghindar daripada segala penyakit. Madu kaya dengan gula(yang sihat), sedikit air, vitamin dan mineral penting untuk kesihatan badan. Dari segi sudut kesihatan, madu dikatakan berfungsi untuk membersihkan lambung, mengaktifkan usus, menyembuhkan sembelit dan keradangan.

Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya ada ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang yang memikirkan–(An-Nahl: 68-69)

12. Rasulullah SAW sentiasa mengamalkan banyak meminum air.

Dengan meneguk perlahan-perlahan sambil memegang gelas dengan tangan kanan dan melarang bernafas atau menghembus ke dalam air tersebut. Hal ini kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan bakteria yang berbahaya kepada kesihatan.

Minum sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan meneguk air ketika sesi menjamah makanan, minum lah air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam sesudah makan, hal ini makan melancarkan selera makan serta mengelakkan dari terkena penyakit kembung air. Meminum air sekurang-kurangnya setengah jam sesudah makan dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang lama serta mengembalikan keserian wajah dan awek muda.

13. Rasulullah SAW melarang manusia makan dengan banyak dan melampau.

Diriwayatkan bahawa para sahabat berkata dari Rasulullah SAW:

Kita (kaum muslimin) adalah kaum yang hanya makan bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang.

Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar dan berhenti sebelum ia kenyang. Baginda SAW meminta seseorang itu untuk mengisi 1/3 daripada ruang perutnya dengan air, 1/3 dengan makanan dan selebihnya dengan ruang kosong (udara).

14. Rasulullah SAW juga menyuruh menjamah secubit garam sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit dan ambil secolek lagi dengan jari manis tangan kanan setelah makan.

15. Baca bismillah dan berdoa sebelum dan setelah makan. Cucilah tangan juga sebelum dan selepas makan.
– Doa sebelum makan;
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ
“Ya Allah berkatilah kami padanya (makanan kami) dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya.
Dari Muad bin Anas r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang selesai makan, kemudian menyebut, ‘Alhamdulillah- illazi ath’amani haaza, wa razaqanihi min ghairi haulin minni wa la quwwatin’, akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Tirmidzi)

16. Nabi SAW juga mengajar untuk kita makan dengan tangan kanan tanpa sudu, garfu ataupun chopstick. Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya.” (HR Muslim)
Apabila selesai hendaklah dijilat jari-jari tersebut. Ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzim sejenis alat percerna makanan tanpanya makanan tidak hadam).
“Dan janganlah ia mengelap tangannya dengan mindil/tuala hendaklah ia menjilati tangannya, kerana seseorang itu tidak mengetahui pada makanannya yang mana yang mengandungi berkat untuknya, sesungguhnya syaitan itu selalu mengintai untuk merampas harta manusia dari segala penjuru sehingga di tempat makannya. Dan janganlah ia mengangkat shahfahnya (bekas makanan) hingga menjilatinya dengan tangan, kerana sesungguhnya pada akhir makanan itu mengandung berkat.” (Kitab Silsilah hadits-hadits shahih no. 1404).
Berkata Imam Nawawi, tentang makna kalimat “Pada makanannya yang mana yang diberkahi.” Ia berkata: Sesungguhnya makanan yang dihidangkan untuk manusia itu mengandung berkat, sedang dia tidak mengetahui apakah berkat itu pada makanan yang ia makan atau pada sisa makanan yang melekat di tangannya atau pada sisa makanan di dalamshahfah atau pada suapan yang jatuh. Demikian hendaklah ia menjaga semua itu agar selalu mendapat berkat. (Fathul Bari 9/578).

17. Sebaiknya kita yang menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu kita.Makan dan minum perlulah dalam keadaan duduk tidak berdiri, baik sekali makan keadaan duduk dengan menegakkan sebelah lutut sambil menekan perut. Hikmahnya dapat mengawal kuantiti makanan disamping mengatasi kembung dan senak perut.

18. Makan berjamaah bersama keluarga atau sahabat.
Berkenaan dengan seseorang yang datang kepadanya dan Rasulullah SAW bersbda; “Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang.” Maka Rasulullah berkata: “Pasti masing-masing kamu makan sendiri-sendiri.” Orang itu menjawab: “Benar, Ya Rasulullah!” Rasulullah berkata: “Berjamaahlah dalam menyantap makananmu.”

19. Rasulullah SAW melarang meninggalkan makan malam.
Sesiapa yang meninggalkan makan malamnya, dia akan mempercepatkan tua sebelum masanya kerana keasidan serta tahap kolestrol dalam darah dan badannya akan berganda. Makanlah sekadar mengisi perut (bukan kenyang) walaupun dengan sebiji kurma untuk proses penghazaman dan proses metabolisma gizi-gizi makanan ke saluran bahagian lain sebab semasa tidur pertumbuhan badan kita akan menentukan tahap kesihatan kita.
Masa bayi terbukti prosesnya, masa dewasa ianya statik tetapi memperbaiki mana-mana unit dalam badan kita dapat difungsikan dan kerana itu kadang lepas bangun tidur seseorang merasa segar dan bertenaga.
Para penzuhud berpendapat makan malam mampu memberi tenaga untuk berqiam malam untuk beribadat.

20. Elakkan kekenyangan sebelum tidur kerana ia berperangai seperti Firaun di samping mudah dipengaruhi syaitan.  Suatu ketika Nabi Yahya a.s. berbual dengan iblis; Berkata iblis: “Ya ada, kadang-kadang kamu kenyang, lalu aku membuat kamu merasa berat untuk bersolat dan berzikir”.
Dari segi kesihatan pula adalah tidak digalak makan sekurang kurang 2 jam sebelum tidur kerana tidur dengan kekenyangan boleh memudaratkan sistem tubuh badan. Makanlah sebelum jam 9.00 malam dan jika lapar selepas makan berat awal, pada jam 6-7 malam, ambillah hanya sedikit makanan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum masuk tidur.
21. Berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadhan dan disunatkan berpuasa pada hari-hari tertentu boleh menjamin kesihatan yang berkekalan sepanjang hayat.
Apabila bersahur, minumlah sekurang-kurangnya segelas air sejam sebelum solat subuh dan selewat-lewatnya 10 minit sebelum masuk waktu imsak. Ini adalah perlu bagi menjamin kekuatan sewaktu menjalani ibadah puasa. Manakala apabila berbuka puasa pada waktu Maghrib, perlu disegerakan dengan memakan 3 biji kurma atau manisan dan segelas air terlebih dahulu.

22. Islam melarang penganutnya untuk meminum arak, memakan babi dan anjing serta keluarganya, binatang dan tumbuhan yang beracun, berbisa dan berbahaya. Dilarang juga memakan najis, (darah, nanah, air mazi dan sebagainya) serta serangga yang hidup melata, jijik lagi beracun.

Oleh itu, pengambilan diet dan menghindari larangan seperti di atas yang diamalkan oleh Rasulullah SAW merupakan aturan yang baik untuk mengekalkan kesihatan dan ia telah pun dibuktikan akan kelebihannya melalui kajian sains semasa. Justeru, amalan pemakanan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW seharusnya diikuti dan dicontohi oleh semua peringkat umur demi kesihatan yang mantap, kelangsungan hidup dan penyemprnaan ibadah yang bermutu.
Semoga dengan mengamalkan Diet pemakanan Rasulullah SAW, kita dapat menyihatkan badan dan ini juga antara Sunnah. Jadi jika kita ikut pun dapat pahala. Selamat mencuba dan selamat beramal.

sumber : http://www.zulaeriazz.my/2013/08/22-cara-diet-pemakanan-rasulullah-saw.html

Makanan Kegemaran RASULULAH S.A.W


1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert
rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.


sumber : http://bjue.blogspot.com/2012/04/makanan-kegemaran-rasululah-saw.html


7 Sebab Kenapa Kita Perlu KAYA Dan BERJAYA | MARILAH KITA MENILAI DIRI SENDIRI

7 Sebab Kenapa Kita Perlu KAYA Dan BERJAYA | MARILAH KITA MENILAI DIRI SENDIRI | Sebab Pertama: Bila Ibubapa anda masih belum MAMPU menunaikan Rukun Islam ke-5 iaitu Menunaikan Haji, siapakah yang akan membantu menunaikan hajat & impian mereka?



Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak ade duit"
2. Bila Ibubapa anda perlukan duit untuk meneruskan sisa2 kehidupan mereka, untuk makan sesuap nasi, seteguk air, siapa yang akan menanggung mereka?

Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak cukup makan."

3. Bila Ibubapa anda sakit, siapa yang akan uruskan bil2 klinik, hospital & kos perubatan mereka? Adakah kita hanya perlu pejamkan mata dan pekakkan telinga? Mereka tidak pernah meminta2 dari kita kerana mereka sangat memahami keadaan kita tetapi kita memahami kah keadaan mereka.

Tergamakkah kita berkata,"aku ada banyak hutang nak kena bayar bulan ni."

4. Bila Ibubapa anda bersedih kesunyian, tiada anak2 datang menjenguk...siapa yang akan pulang menjenguk mereka sedangkan anda asyik sibuk memberi alasan "SIBUK". Kesunyian ibubapa kita dapatkah kita rasai? Mereka hanya perlukan kita beberapa ketika sahaja sebab mereka sudah merasai tak lama lagi mereka akan berhijrah ke alam kubur yang jauh lebih sunyi.

Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tapi tak dapat cuti."

5. Bila Ibubapa anda ditaqdirkan meninggal dunia, siapakah yang berada disisinya dan menguruskan jenazahnya? Perhatikan wajah ibu/bapa kita buat kali terakhir sebelum kain kapan menutup wajah mereka adakah wajahnya berada dalam keceriaan atau kesedihan.

Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tengok mak/bapak aku masa dia sakit tempohari tapi masa tu aku tengah sibuk sangat."

6. Bila Ibubapa anda sudah tidak mampu menguruskan diri mereka akibat keuzuran, mampukah anda uruskan? Ibubapa kita tidak pernah mengeluh ketika mereka membesarkan kita. Mereka akan lakukan yang terbaik untuk memastikan kita mendapat yang terbaik. Biarpun mereka terpaksa berkorban, bertungkus-lumus, bergolok-bergadai tetapi bila tiba giliran kita dapatkah kita lakukan apa yang seharusnya kita lakukan demi SEORANG ibu/ayah? Benarlah, ibu/bapa boleh menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang anak belum pasti boleh menjaga seorang ibu/ayah.

Tergamakkah kita berkata,"aku sibuk, biarlah adik-beradik aku yang lain uruskan."

7. Bila Ibubapa anda meminta duit untuk membeli sesuatu yang mereka hajatkan, bolehkah anda berikan tanpa sebarang alasan?Ketahuilah....walau apapun kita lakukan untuk ibubapa kita, kita masih belum mampu membalas jasa mereka kerana setitik air susu ibu...setitik keringat ayah....apakah nilainya pada kita?Lupakah kita bagaimana ibubapa kita membesarkan kita? Boleh kita bayangkan bersama2?....Sedarlah saudara/saudari berkhidmatlah untuk kedua ibubapa kita sementara mereka masih hidup....sedarlah berapa hari lagi kita dapat melihat dan bersama ibubapa kita kerana pengorbanan mereka sangat sangat besar pada kita...

Buktikan!!! Biarpun 100 orang, 1,000 orang, 10,000 orang nak tengok kita gagal TETAPI ada 2 ORANG YANG BENAR2 NAK TENGOK KITA BERJAYA IAITU IBUBAPA KITA. Tunjukkanlah kejayaan sebelum mereka menghembuskan nafas dan menutup mata. Buktikan pada mereka bahawa zuriat yang mereka lahirkan ini adalah zuriat yang sangat HEBAT!

MAKA MARILAH KITA MENILAI DIRI SENDIRI....

Sekadar perkongsian buat diri sendiri & saudaraku sekalian...........


Kebaikan Vitamin D

Semakin kita berusia, kemampuan kita untuk melawan jangkitan dan masalah kesihatan lain akan berkurangan dengan ketara. Sistem imun, yang bertanggungjawab untuk melawan jangkitan, dalam kalangan orang dewasa tidak lagi berfungsi secekap seperti dalam kalangan orang muda.

Antara kesan serius daripada kekurangan tersebut adalah kadar penyakit kanser, radang paru-paru, dan selesema yang lebih tinggi.

Vitamin D3 membantu tulang menyerap kalsium. Selain daripada itu, vitamin D kini didapati berguna untuk seluruh badan, daripada memperkukuhkan sistem imun, hingga ke pengawalan pertumbuhan sel.
Lebih daripada 2,000 gen (kira-kira 6% daripada genom manusia) dikawal oleh vitamin D. Hakikat bahawa setiap tisu di dalam badan, termasuk otak, jantung, payudara, otot dan sistem imun, mempunyai reseptor bagi vitamin D bermakna ia diperlukan pada tahap yang optimum untuk tisu ini berfungsi dengan baik.
Satu fakta yang mengejutkan adalah dianggarkan hampir 50% daripada penduduk dunia mempunyai risiko kekurangan vitamin D3. Ia adalah nutrien semulajadi yang dihasilkan dalam badan kita daripada pendedahan kepada cahaya matahari. Ia dihasilkan sebagai pro-hormon di dalam kulit selepas pendedahan kepada cahaya matahari, dan kemudian ditukar kepada bentuk hormon yang kuat hanya apabila tubuh memerlukannya.
Pada hakikatnya, apabila kita semakin tua, kita kehilangan keupayaan untuk menukarkan cahaya matahari kepada vitamin D dalam badan kita. Walau bagaimanapun, kekurangan tersebut boleh diatasi dengan makanan tambahan dalam bentuk vitamin D3.
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, terdapat beberapa kajian yang dijalankan mengenai manfaat vitamin D3 dalam pelbagai keadaan, seperti kanser, kesihatan jantung, diabetes dan penyakit Parkinson.
Didapati bahawa tahap rendah vitamin D dalam darah dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser. Mereka yang mempunyai tahap vitamin D yang lebih rendah mempunyai risiko mendapat kanser yang lebih tinggi daripada mereka dengan tahap vitamin D yang lebih tinggi.
Salah satu kanser yang pertama dikenal pasti sebagai mempunyai kaitan dengan vitamin D adalah kanser payudara. Sekarang terdapat bukti bahawa vitamin D mengurangkan risiko kanser payudara, memandangkan ianya telah dibuktikan dapat menghalang pertumbuhan tumor kanser payudara.
Ramai pakar kesihatan mengesyorkan 1,000 I.U. hingga 2,000 I.U. vitamin D3 sehari untuk tujuan mengurangkan risiko penyakit seperti kanser, osteoporosis, keradangan, strok, serangan jantung kronik dan selesema.
Sumber Artikel: The Star Online


Jatuh Cinta dengan Pencuci Muka Nutriwhite Shaklee

Salam ceria semua pembaca dan follower Vitamin's For All. Entri kali saya tak mahu sharing mengenai vitamin, tapi masih lagi nak sharing produk yang berkaitan dengan shaklee. Belum terkeluar dari 'landasan' Shaklee kan? Blog ini kan cerita tentang Shaklee ajee... Betul tak?. 


NutriWhite Shaklee– Gentle Deep Foaming Cleanser

Mungkin ramai yang belum tahu Shaklee mempunyai produk penjagaan kulit selain dari produk berbentuk vitamin. Kalau vitamin untuk penjagaan kulit dari dalaman, bahagian luarankulit pula jangan dianak tirikan. Untuk itu entri kali ini ingin berkongsi kebaikan pencuci muka NutriWhite Shaklee– Gentle Deep Foaming Cleanser.


Apakah keistimewaan produk ini?


  • Menjadikan kulit wajah kita segar dan bersih
  • Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan
  • Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan
  • Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangi pigmen
  •  Memberi cucian lembut dan menyegarkan serta tidak menghakis atau mengelupas
Saya rasa agak terkejut ketika saya berjaya miliki pencuci muka Nutriwhite Shaklee ini. Apa taknya saiznya agak besar 150 ml. Tapi berbaloi-baloi. Guna sedikit saje tak sampai pun sebesar kacang hijau dah berbuih banyak. Macam ni bolehla guna sampai setahun.

Rasa segar dan nyaman sebaik sahaja wajah ni dicuci dgn Nutriwhite Shaklee. Kulit pun rasa lembut dan licin. Kalau semut lalu pasti jatuhlaa... huhuhuhu... Cuma satu saja yang tak best sebab tiada haruman wangian. Saya rela abaikan haruman wangian ini kerana pencuci muka Nutriwhite Shaklee ni bebas dari bahan kimia dan sintetik berbahaya. Memang selamat untuk kulit muka kita.

Pencuci muka NutriWhite Shaklee

Kepada anda yang memang memilih sesuatu produk kerana jenama janganlah risau. Produk Nutriwhite Shaklee ini memang setanding dengan Estee Lauder dan SKII. Ia dihasilkan dari sumber semulajadi yang tidak memberi kesan sampingan.

Jika mahu melihat rangkaian produk penjagaan wajah Nutriwhite Shaklee yang lain, sila klik di sini.

Orang katalah bukan saya kata, "Tak kenal maka tak cinta! Sudah kenal pasti bercinta-cinta!" Betul tak? :)

Hubungi saya untuk mendapatkan Skincare Shaklee yang pastinya dibuat dari bahan semulajadi dan selamat.

 

Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:

Maya | ID: 918781 | Call/SMS/Whatsapp/Viber 019-5596963
Email: syiaqira@yahoo.com
OR
Add sy sebagai Friend di FB Sumaiya Abdul Ghoni




Manjakan kulit anda dengan ramuan yang lembut, semulajadi dan bersih.

Mungkin ramai yang belum tahu Shaklee juga ada mengeluarkan skin care set. Beberapa hari lepas saya ditanya tentang set penjagaan kulit shaklee dari segi luaran. Shaklee Memang ada menyediakan Set D untuk penjagaan kulit dari segi dalaman, namun untuk mereka yang ingin menjaga dari segi luaran pula boleh menggunakan set Nutriwhite.


Rangkaian kecantikan kulit wajah yang berasaskan konsep 'flawless beauty sourced from nature, perfected by science' yang bermakna kecantikan sempurna gabungan alam semulajadi dan sains. Set Nutriwhite yg lengkap mengandungi make up remover, foaming cleanser, softener (toner), daily essence, spot treatment, lotion with spf 15, overnight cream.

Mari kita baca perincian set Nutriwhite ini di bawah:


Ultimate Protection Whitening Lotion SPF 15-
Licin serta kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit kesan daripada cahaya matahari dan Mountain Arnica untuk menghilangkan radang kulit, pelembap yang bertindak daripada semua sudut ini melindungi anda daripada kesan-kesan memudaratkan cahaya matahari dan membantu membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan persekitaran

Overnight Renewal Whitening Cream-

Memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit sewaktu tidur
Linden menyihatkan serta melembapkan kulit secara mendalam
Scullcap mencerah dan menghilangkan radang kulit
Vitamin C aktif mengurangkan tompok-tompok hitam serta mengembalikan keserian wajah
Pada waktu pagi, anda akan bangun dengan kulit yang gebu, halus, cerah dan berseri


Gentle Deep Foaming Cleanser-

Membersihkan dan menyegarkan kulit
Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan
Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan
Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen
Lembut dan menyegarkan

Soothing Radiance Whitening Softener-

Ia lembut dan mengembalikan kulit pada pH yang seimbang
Kulit berasa lebih segar dan tegang dengan Rosemary
Kudzu menegangkan dan mencerahkan
Marshmallow melembapkan

Gentle Action Makeup Remover-

Menjadikan kulit anda licin, lembut dan berseri
Tunas Pokok Bic menghilangkan sel mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan
Aloe Vera menyegarkan dan menegangkan kulit
Lembut, tidak berminyak, dan kulit anda akan kelihatan lebih berseri

Daily Defense Whitening Essence
Diformulasi dgn:
Bearberry untuk mencerahkan dan menegangkan kulit,
Strawberi Begonia untuk mengimbangkan pigmen
Kacang Soya untuk melembutkan dan mengurangkan tompok2hitam
Mulberi untuk mencegah daripada kerosakan kesan dari matahari
Vitamin C aktif ditambah untuk memperbaiki kulit, mengembalikan seri wajah



Spot Whitening Treatment-
Memperbaiki kesan-kesan matahari serta jeragat kulit dengan cepat
Kuasa pencerahan botani dihasilkan daripada pati Likuoris dan Peony, yang amat bernilai disebabkan kesannya dalam mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit

Cats Claw menegangkan kulit

Vitamin C aktif membawa kecerahan untuk kulit dan lebih halus
kredit:mamafaiz.com


Hubungi saya untuk mendapatkan Skincare Shaklee yang pastinya dibuat dari bahan semulajadi dan selamat.

 

Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:

Maya | ID: 918781 | Call/SMS/Whatsapp/Viber 019-5596963
Email: syiaqira@yahoo.com
OR
Add sy sebagai Friend di FB Sumaiya Abdul Ghoni



7 Cara Semulajadi Untuk Memutihkan Kulit Wajah

Kulit gelap dan kusam adalah disebabkan oleh kekurangan nutrisi yang seimbang, pancaran matahari atau kerana kurangnya hidrasi serta kelembaban kulit. Walaubagaimanapun, ada diantara kita mungkin telah dianugerahkan dengan kulit yang putih semulajadi, kulit halus sementara segolongan lain harus berusaha keras untuk mencapai hasil kulit sedemikian. Terdapat banyak produk kecantikan untuk memutihkan wajah dijual dengan bermacam2 jenama. Walaubagaimanapun, kita sebagai pengguna harus bijak memilih jenis produk yaang sesuai dengan jenis kulit kita dan yang paling penting ianya SELAMAT.
Hampir setiap wanita obses untuk memutihkan wajah dan keseluruhan badan dan mereka sanggup menghabiskan sebahagian pendapatan mereka untuk membeli produk2 kecantikan, sehinggakan kadang2 mereka mengabaikan kandungan bahan2 yang terdapat dalam produk kecantikan tersebut.
Untuk memelihara kulit yang cerah sekata, sekaligus sebagai perlindungan terhadap matahari, gunakanlah selalu sunblok secara teratur. Pemakaian sunblok ini harus diulang setiap 1 atau 2 jam sekali apabila anda cukup lama melakukan aktiviti luar. 
6 Faktor yang menyebabkan kulit menjadi gelap & kusam adalah : 
  • Keturunan / gen
  • Terdedah kepada cahaya matahari tanpa mengenakan sebarang sunblok
  • Pencemaran 
  • Kulit yang sensitif & perlukan penjagaan rapi
  • Kurang hidrasi dan kelembaban pada kulit
  • Stress

Cara Memutihkan Kulit

Kulit yang cerah dan sempurna tentunya sangat diinginkan oleh semua orang, dan ini dapat juga dicapai dengan menggunakan beberapa cara yang kesannya dapat dilihat jika ianya dilakukan secara konsisten. Berikut adalah 7 cara untuk mencerahkan dan memutihkan kulit.

Memutihkan kulit dengan jus menitmun
Memutihkan kulit dengan jus menitmun
  1. Untuk memutihkan kulit anda secara mendalam, ambil 1 sudu makan jus mentimun dan campuran 1 sudu makan susu. Bahan-bahan ini boleh dipakai untuk semua jenis kulit. Sapukan pada wajah dan biarkan ianya kering sebelum dicuci dengan air suam. Ianya akan memperbaiki tekstur dan kualiti kulit secara konsisten.
  2. Memutihkan kulit dengan tomat jeruk
    Memutihkan kulit dengan tomato jeruk
    Cara lain yang efektif untuk memutih dan mencerahkan kulit adalah dengan menggunakan 1 sudu makan jus lemon yang dicampur dengan 1 sudu makan jus tomato. Amalkan dua kali seminggu. Jus lemon juga dipercayai boleh mengatasi hiperpigmentasi kulit. Bahan-bahan ini baik untuk jenis kulit normal dan berminyak.
  3. Memutihkan kulit dengan yoghurt dan jeruk
    memutihkan kulit dengan yoghurt dan jeruk
    Ambil jus jeruk atau tomato, dan tambahkan dua sudu yogurt segar. Oleskan ini pada wajah anda dan biarkan hingga kering dan cuci hingga bersih. petua ini akan membantu untuk mengimbangi kulit kering dan kulit anda akan menjadi lebih segar. Ianya juga dapat dipakai untuk jenis berkulit berminyak. Amalkan petua ini dua kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang diinginkan.
  4. Memutihkan kulit dengan mentimun
    Memutihkan kulit dengan mentimun
    Mentimun bukan hanya dapat lingkaran gelap pada bawah mata. Namun ianya sangat popular sebagai medium untuk mencerahkan wajah. Gosokkan parutan mentimun pada wajah, leher, mata selama 15 -20 minit untuk mendapatkan hasil yang diinginkan. Ianya juga akan mencegah blakhead & whitehead serta jerawat. Petua ini sesuai untuk mereka yang mempunyai jenis kulit berminyak dan kulit normal.
  5. memutihkan kulit dengan lobak putih
    Memutihkan kulit dengan lobak putih
    Parutan lobak putih, atau membuatnya menjadi jus dan gosokkan dengan lembut di wajah selama 10-15 minit dapat membuatkan kulit menjadi halus & lembut. Sesuai untuk semua jenis kulit.
  6. memutihkan kulit dengan yoghurt dan madu
    Memutihkan kulit dengan yoghurt dan madu
    Ambil 1 sudu makan yogurt segar, dan mencampurnya dengan 1/2 sudu makan madu. Kemudian oleskan pada wajah selama 10-15 minit. Kesannya, ianya akan dapat mencerahkan kulit dan kulit akan sekata jika diamalkan secara konsisten. Sesuai dipakai untuk semua jenis kulit.
  7. Ambil 1 seudu makan bubuk cendana merah dan 1 sudu makan susu mentah. Sapukan pada wajah seperti masker, dan biarkan pada wajah selama 30 minit akan meningkatkan warna kulit anda, serta menyingkirkan bintik gelap di wajah. Masker ini elok diamalkan setiap hari sehingga mendapat hasil yang dikehendaki. Ianya juga sesuai untuk semua jenis kulit.
Petua2 diatas dapat membantu anda yang ingin mencerahkan dan membuat warna kulit lebih cerah putih secara semulajadi. Namun, ianya memerlukan masa dan kesabaran anda untuk melihat hasilnya. Semulajadi itu lebih baik selagi ianya tidak merosakkan lapisan kulit kita.

http://ilovemyvitamin.blogspot.com/2014/04/manjakan-kulit-anda-dengan-ramuan-yang.html
Hubungi saya untuk mendapatkan Skincare Shaklee yang pastinya dibuat dari bahan semulajadi dan selamat.

 

Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:

Maya | ID: 918781 | Call/SMS/Whatsapp/Viber 019-5596963
Email: syiaqira@yahoo.com
OR
Add sy sebagai Friend di FB Sumaiya Abdul Ghoni



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...