Boucing Red Apple

Get Healthy, Be Happy, Feel Beauty

Jom Klik Like!..

Kolesterol: Bahaya atau tidak?


kolesterol


Sebut pasal kolesterol, kebanyakan dari kita mengaitkan dengan pemakanan. Jangan makan makanan yang berkolesterol tinggi, makanan berlemak tinggi kolesterol, eeeiii badan gemuk, mesti banyak kolesterol. Itu tanggapan kita selama ini. Tetapi tahukah kita apa sebenarnya kolesterol ni. Jahat sangatkah kolesterol ni. Berbahaya sangat ke? Mari kita huraikan secara ringkas apa sebenarnya kolesterol ini.
Kolesterol adalah sejenis lemak yang dihasilkan di hati atau di usus (yang diperolehi dari pemakanan). Kolesterol ini berfungsi untuk menghasilkan hormon dan membentuk membran sel seterusnya dibawa ke seluruh badan manusia melalui plasma darah. Selain itu, kolesterol juga penting dalam pembentukan asid hempedu dan Vitamin D di dalam badan.
Sumber
Sumber Kolesterol

Kolesterol JAHAT, Kolesterol BAIK
Terdapat dua jenis kolesterol utama dalam darah kita iaitu;
LDL (Lipoprotein ketumpatan rendah)
HDL (Lipoprotein ketumpatan tinggi)
Jenis-jenis Kolesterol
Jenis-jenis Kolesterol
Perbezaan LDL dan HDL:
LDL (Lipoprotein ketumpatan rendah)
Dikenali sebagai kolesterol “JAHAT” kerana paras kolesterol LDL yang terlalu tinggi dalam darah boleh membentuk sejenis bahan melekit (plak) dalam saluran darah kita. Plak inilah yang akan menyumbatkan saluran darah dan menyekat aliran darah. Makin tinggi paras LDL, maka semakin tinggi risiko dihinggap penyakit jantung.
HDL (Lipoprotein ketumpatan tinggi)
Dikenali sebagai kolesterol “BAIK” kerana membantu mengangkut kolestrol dari salur darah balik kehati untuk disingkirkan.
Secara umumnya, HDL berperanan “membersihkan” saluran darah.
Semakin tinggi paras HDL adalah semakin baik. Jika ianya rendah, risiko penyakit jantung pula meningkat.
Apa yang dimaksudkan dengan Kolesterol tinggi?
Paras kolesterol tinggi apabila keputusan darah anda menunjukkan kadar LDL yang tinggi dari biasa atau kadar HDL yang rendah.
“Total cholesterol” pula merujuk kepada jumlah LDL, HDL dan VLDL. Kadar “total cholesterol” adalah dianggap tidak tepat untuk menentukan risiko serangan jantung/ strok dan sasaran rawatan ialah kadar jumlah kolesterol HDL atau kadar LDL sendiri.
jadual kolesterol
Tahap kolesterol individu yang berusia 30 tahun ke atas tidak seharusnya melebihi 4.7 mmol manakala paras kolesterol mereka berusia bawah 30 tahun hendaklah kurang daripada 5.2 mmol.
Bagaimana mengurangkan paras kolesterol?
1. Sekiranya paras kolesterol didapati tinggi, pesakit diminta mengubah tabiat pemakanan harian mereka.
2. Jika pesakit merokok, mereka dinasihatkan supaya berhenti.
3. Pesakit diminta mengurangkan berat badan jika terlalu gemuk.
4. Pesakit dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan makanan berlemak.
5. Pilih kepingan daging tanpa lemak.
6. Jika memasak ayam, pastikan kulit ayam dibuang terlebih dulu.
7. Elakkan mengambil organ dalaman haiwan seperti paru, otak lembu, hati kambing dan hati lembu.
8. Elakkan mengambil susu penuh krim atau susu rendah lemak. Sebaik-baiknya pilih susu skim.
9. Jika berhasrat mengambil ais krim atau keju, pastikan puan memilih yang rendah lemak. Bagaimanapun, sebaik-baiknya ambil dadih.
10. Kurangkan pengambilan kuning telur kerana ia kaya dengan kolesterol.
11. Walaupun santan tidak mengandungi kolesterol, ia mengandungi lemak tepu dan apabila dimakan, santan akan bertukar menjadi kolesterol.
12. Amalkan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Bersenam dapat mengurangkan paras kolesterol dalam darah. Jika satu peratus kolesterol berjaya diturunkan, pesakit mampu mengurangkan risiko sakit jantung koronari sebanyak dua peratus. Sekiranya pesakit dapat mengurangkan paras kolesterol sehingga lima peratus, risiko mengalami sakit jantung koronari berjaya dikurangkan sehingga 10 peratus.
Bagaimana suplemen boleh membantu?
Phytocol – ST ~ menghalang penyerapan kolesterol dari makanan ke dalam salur darah dan terus dibuang dari tubuh
OmegaGuard ~ membuang kolesterol sedia ada di dalam darah, termasuk kolesterol yang telah melekat di dalam darah sejak sekian lama
Garlic Complex ~ mengawal tekanan darah dan merendahkan kadar kolesterol
Vita E ~ memperbaiki peredaran darah
Alfalfa ~ memerangkap kolesterol yg berlebihan utk dikeluarkan melalui najis
CoQ Health ~ meningkatkan kesihatan jantung
Untuk pengetahuan anda juga, OmegaGuard sedang dalam promosi. Dapatkan segera sementara stok masih ada.
Bagaimana ingin memiliki suplemen Shaklee ni?



 

Hubungi saya untuk pertanyaan lebih lanjut:
Maya | ID: 918781 | Call/SMS/Whatsapp/Viber 019-5596963
Email: syiaqira@yahoo.com
OR
Add sy sebagai Friend di FB Sumaiya Abdul Ghoni



0 komen kawan-kawan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...