Boucing Red Apple

Get Healthy, Be Happy, Feel Beauty

Jom Klik Like!..

Cara Turunkan Darah Tinggi Secara Semulajadi

CARA TURUNKAN DARAH TINGGI WOMEN ONLINE MAGAZINE Cara Turunkan Darah Tinggi Tanpa Makan Ubat
( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )
Adakah anda menghidapi penyakit darah tinggi ? jom dapatkan tip turunkan darah tinggi di sini..
Tekanan darah tinggi atau hipertensi adalah situasi di mana cecair darah dalam tubuh seseorang itu telah menekan arteri dengan cukup kuat sehingga akhirnya menyebabkan masalah kesihatan, seperti penyakit jantung.
Tekanan darah yang tidak terkawal boleh meningkatkan masalah kesihatan yang serius, termasuk serangan jantung dan strok.
Diet dan gaya hidup yang sihat dikatakan boleh membantu anda daripada terkena tekanan darah tinggi.  Berikut ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk turunkan tekanan darah tinggi tanpa ubat-ubatan.
Antara cara yang perlu anda lakukan untuk turunkan tekanan darah tinggi:
1.    Lakukan Aktiviti
Bergerak atau melakukan aktiviti seperti bersenam boleh memperkuatkan jantung sehingga dapat mengepam lebih banyak darah dan mengurangi tekanan pada arteri. Perkara ini juga membantu mengurangkan berat badan yang dengan sendirinya membantu menurunkan tekanan darah.
Usahakan untuk bergerak selama 30 minit setiap hari, seperti berjoging atau berjalan kaki. Namun, jika tekanan darah sedang tigggi, sebaiknya mengangkat sebarang beban kerana ia boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah.
2.    Wajib Makan Buah-Buahan & Sayur-Sayuran
Kandungan kalium, magnesium dan serat daripada buah-buahan dan sayur-sayuran boleh menurunkan tekanan darah.
3.    Pilih Susu Rendah Lemak & Soya
Susu rendah lemak dan protein daripada soya dikatakan memiliki efek penurunan tekanan darah ketika menggantikan keperluan karbohidrat dalam makan.
4.    Pilih Gandum
Makanan yang berasal daripada gandum dikatakan boleh mengurangi tekanan darah dan membuat pesakit tidak perlu mengambil ubat. Jadi, cubalah beralih ke roti, bubur, bijirin, beras merah ataupun pasta gandum.
5.    Makanan Berwarna Ungu
Buah atau sayuran yang berwarna ungu seperti blackcurrant, raspberry, terung, blueberry sangat bermanfaat buat tubuh. Kandungan ‘anthocyanin’ yang terdapat di dalamnya membantu meregangkan pembuluh darah serta meningkatkan pengaliran darah.
Hubungan gram dengan tekanan darah sangat kuat, kerana garam menarik cecair sehingga meningkatkan volume dan tekanan darah di arteri. Sebahagian besar garam yang diambil bukan daripada apa yang ditambah ke dalam makanan, tetapi ia sememangnya sudah tersedia ada di dalamnya.
DAPATKAN CADANGAN SET PENURUNAN DARAH TINGGI SHAKLEE  DI SINI 



0 komen kawan-kawan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...