Salam Ramadhan kepada semua.
Hari ini dah masuk hari ke-19 kita berpuasa. Macam mana ibu-ibu menyusu bertahan untuk berpuasa sambil mengepam dan menyusukan anak? Penat dan lapar tak? Cuba tengok video di bawah, Pn, Haridah temui apa yang beliau perlukan untuk kekal bertenaga sepanjang berpuasa.
.
Saya pun masih menyusukan baby saya yg ke-4. Saya akan pastikan yang SET PUASA BERTENAGA yang menjadi penguat dan pemberi tenaga kepada saya untuk terus berpuasa dan menyusukan anak, di samping sentiasa dapat hasilkan susu yang cukup untuk baby.
Ibu-ibu yang lain bagaimana? Apa yang ibu-ibu lakukan semasa berpuasa supaya penghasilan susu sentiasa maintain? Di sini, maya ada beberapa tips untuk sentiasa maintain kan penghasilan susu walaupun kita berpuasa.
1. Minum Air
Ibu yang menyusukan anak memang perlu minum air dengan banyak. Ini adalah untuk penghasilan susu. Kalau air tak cukup dalam badan, susu yang keluar pun sikit je.
2. Mengepam
Kalau kita bekerja, pastikan yang kita mengepam seperti biasa, iaitu setiap 3 jam. Jangan sesekali fikir untuk skip 1 sesi supaya sesi seterusnya akan bertambah lebih banyak susu yang terkumpul. Itu adalah salah. Lagi kurang demand, lagi kuranglah supply susu kita. Jadi, walaupun masa mengepam hanya keluar 2-3 oz sekali pun, jangan skip sesi mengepam tau!
3. Kurma
Kurma adalah sangat bagus untuk penghasilan susu. Saya memang akan makan kurma masa sahur dan berbuka untuk pastikan susu sentiasa meriah, di samping memberi tenaga pada Saya.
4. Madu
Madu juga membantu menghasilkan susu yang banyak walaupun kita berpuasa. Amalkan mengambil sesudu besar madu masa perut kosong, ataupun bancuhkan dengan air suam untuk diminum.
5. Bersahur
Jangan tinggalkan sahur kerana apa yang kita makan akan memberi kita tenaga untuk menghasilkan susu untuk anak tersayang. Kalau tak sahur, macam mana nak mengepam dan menyusukan anak kan? Risau nanti terus pening sebab perut kosong.
6. Direct Feeding
Apabila kita bersama anak, kerapkan bagi anak kita menyusu tak kira masa. Bila mereka nak susu bagi je. Ia akan menghantar signal kepada otak untuk menghasilkan lebih banyak susu yang diperlukan oleh baby kita.
7. Power Pumping
Ini juga salah satu cara untuk kekalkan penghasilan susu daripada berkurang. Lakukan power pumping di malam hari kerana ini adalah teknik untuk menaikkan demand untuk meningkatkan supply susu. Paling senang adalah bangun awal sedikit sebelum sahur untuk membuat power pumping.
8. Tandem Nursing
Tandem nursing adalah teknik di mana kita mengepam sebelah sambil menyusukan anak di sebelah lagi. Mula-mula memang rasa kekok sikit. Nak pegang anak lagi, nak pegang pam lagi. Tapi, kalau kita praktis, sebenarnya senang je. Saya dah cuba, dan memang hasilnya pun meriah.
9. Minuman Berserat
Minuman-minuman berserat, seperti milo, horlicks, dan oat memang membantu untuk hasilkan susu. Jadi, biasakan diri untuk minum air-air sebegini semasa sahur dan juga sebelum tidur supaya susu kita sentiasa maintain.
Tips-tips ini memang Saya amalkan sendiri supaya susu yang terhasil tidak berkurang walaupun masa berpuasa. Saya juga akan mengambil suplement SET SUSU MERIAH untuk pastikan susu Saya sentiasa maintain. Ibu-ibu semua pun boleh mengamalkan teknik yang sama, in sya Allah penghasilan susu akan sentiasa cukup untuk anak. Mesti anak kita sentiasa puas setiap kali minum susu dan tidak akan merengek selalu dek kerana tak kenyang minum susu badan kita.
Hubungi saya untuk konsultasi percuma anda
---------------------------------------------------------
Sumaiya (SID # 918781)
msg/whatsapp: 0195596963
Pengedar Shaklee di Alor Setar/Jitra/Pokok Sena
Pos : Seluruh Malaysia
---------------------------------------------------------
0 komen kawan-kawan:
Post a Comment