Selalu letih dan tidak bermaya?.... Tidur cukup tetapi masih terasa mengantuk dan keletihan? Sebelum anda cuba menyalahkan cara hidup anda yang sibuk dan urusan rumahtangga, cuba sel ami sebab-sebab ini yang mungkin menjadi dalang terhadap masalah keletihan anda itu. Sebab
1: Kekurangan
darah
---------------------------------
Sekiranya anda masih
muda dalam usia reproduktif dan mengalami haid yang 'heavy' setiap bulan, atau
anda baru sahaja melahirkan anak beberapa miggu yang lepas, atau anda di
diagnoskan
mengalami fibroid, kehilangan darah mungkin penyebab
terhadap keletihan anda. Pendarahan haid atau faraj mengurangkan sel-sel darah
merah yang membawa oksigen dari paru-paru ke sistem dan organ badan anda yang
lain. Kekurangan oksigen pada organ menyebabkan anda cepat letih dan tidak
bermaya. Lain-lain sebab yang yang mendorong kepada kekurangan
darah termasuklah: kekurangan vitamin seperti zat besi, folik dan vitamin B.
Kekurangan darah juga mungkin berasal dari penyakit buah
pinggang. Gejala kekurangan darah yang lain termasuk: pening,
kesejukkan dan rasa mudah terganggu. Ujian darah dengan senang dapat membuat
diagnosa ini. Rawatan termasuk makan sayuran hijau seperti brokoli, bayam dan
daging merah dan supplement yang diberi oleh doktor. Sebab
ke
2 : Kekurangan Hormon Tiroid
-----------------------------------------
Sekiranya anda terasa
lembab secara fizikal atau mental dan sedikit murung, anda mungkin mengalami
hypotiroidism, satu masalah kekurangan hormon tiroid yang mengurangkan
metabolisma badan dan memperlahan sistem badan untuk
beroperasi. Dikatakan 17% wanita mengalami hypotiroidism dan mereka
langsung tidak mengetahuinya. Ujian darah T3 dan T4 dengan mudah dapat mengesan
masalah ini dan selepas rawatan, anda akan merasa bertenaga
semula. Sebab ke
3: Jangkitan Kuman air
kencing (UTI)
--
---------------------------------------------
Walaupun kebanyakkan
dari simtom lebih kepada sakit semasa kencing dan kerap ke tandas, keletihan
memanjang juga merupakan salah satu gejala kencing berkuman. Tidak semua yang
mempunyai simtom yang jelas seperti pedih semasa kencing dan segelintir yang
lain mungkin tidak mengalami gejala langsung. UTI disebabkan oleh
jangkitan bakteria yang mungkin terdorong oleh amalan penjagaan faraj yang tidak
sihat. Hubungan seks juga meninggikan risiko UTI kerana kuman dari faraj mungkin
ditolak ke salur kencing semasa seks. Ujian air kencing adalah
mudah dan cepat dalam membuat diagnosa dan rawatan termasuklah ubat anti-biotik.
Sekiranya simtom berulang, anda mungkin mengalami masalah UTI kronik.
Berbincanglah dengan doktor tentang pencegahannya. Sebab
ke
4: Terlebih caffeine
-------------------------
Sesetengah orang
menganggap caffeine boleh memberi rasa cergas, tapi bagi sesetengh wanita,
caffeine boleh memberi kesan yang sebaliknya. Caffeine bertindak sebagai
stimulant tetapi sekiranya mengambil terlalu banyak, ia akan menyebabkan
keletihan. Cara untuk mencegah adalah dengan mengelakkan caffeine
sebanyak mungkin, bukan sahaja kopi malahan tea, coklat, minuman ringan atau
apa-apa ubat yang mengandungi caffeine. Sebab
ke
5: Alahan makanan.
---------------------------
Makanan selalunya
memberikan tenaga tetapi bagi sesetengah orang yang alah kepada makanan, ia
boleh memberi kesan sebaliknya. Keletihan mungkin salah satu mereka alah kepada
makanan. Sekiranya anda mengesaki yang makanan punca mengantuk dan keletihan
anda, cuba elak makanan yang anda syakki itu dari suapan harian
anda.
Sebab
ke
6: Sleep Apnea
-------------------
Sekiranya anda tidak
mendapat tidur yang cukup, ada kemungkinan ia penyebab masalah anda. Tapi apa
kata kalau anda sendiri tidak menyedari yang anda tidak cukup
tidur? ‘Sleep Apnea adalah satu keadaan dimana anda secara
tidak sengaja berhenti bernafas semasa tidur, yang menyebabkan anda terbangun
secara tiba-tiba tetapi cukup lama untuk menganggu kitaran tidur anda. Ia lebih
kerap terjadi kepada mereka yang berbadan gemuk dan berkait rapat dengan tidur
yang berdekur. Sekiranya anda pengidap ‘Sleep Apnea’ doktor selalunya
akan menyarankan pengurangan berat badan dan menasihatkan anda berhenti
merokok. Dalam kes serius, pembedahan mungkin diperlukan untuk
memastikan laluan pernafasan udara yang baik. Sekiranya tidak dirawat, Sleep
Apnea boleh meninggikan risiko stroke dan serangan jantung. Sebab
No
7: Lemah Jantung
------------------------
Sekiranya anda merasa
cepat penat selepas aktiviti ringkas yang selalunya senang dibuat, mungkin ini
masa yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor. Keletihan selalunya bukan
tanda awal sakit jantung tetapi sekiranya ia keterlaluan sifatnya selepas
aktiviti ringkas dan anda dapati tiada jawapan jelas terhadap masalah tersebut,
jumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut. Rawatan awal boleh menyelamatkan anda
dari serangan jantung yang lebih serius. Sumber :
AlamHamil
Untuk mengatasi badan yang cepat letih, lesu & tak
bermaya ni ialah dengan menjaga pemakanan yang sihat. Namun, disebabkan gaya
hidup sibuk pada zaman sekarang menyebabkan anda tidak sempat untuk melakukan
senaman secara konsisten & pemakanan pun tidak terjaga. Jesteru itu,
pengambilan supplement secara berterusan adalah pilihan yang tepat utk tampil
sihat sepanjang masa.
Untuk mengatasi masalah ini, Cadangan Set Kesihatan Optimun @ Cadangan Set
A sangat membantu untuk tampil sihat. Apa yang ada dlm cadangan set ini
??
Jadi cadangan set optimum adalah yang paling sesuai. Cadangan Set Optimum mengandungi
- membantu untuk fokus
- membantu mengawal stress/tekanan
- memberi kecergasan dan tenaga
- mengelakkan kelesuan dan keletihan melampau
- membantu metabolisme jadi makanan akan dapat ditukar ke bentuk tenaga
- membantu kelancaran urat saraf
- menguatkan sistem imun
- anti oksida yang hebat untuk melawan radikal bebas supaya sel terpelihara
- memberi perlindungan pada sel badan
- membantu penyerapan zat besi
- membantu pembinaan kolegen
- mengandungi mineral dan vitamin yang diperlukan badan pada kadar yang sempurna
- mampu memenuhi kekurangan nutrien dalam menu harian
- memelihara sel badan
- membantu penyerapan zat dari makanan harian
Ini adalah vitamin-vitamin asas yang perlu diambil jika
anda mementingkan kesihatan namun mempunyai kekangan untuk mendapatkannya secara
terus dari menu harian. Vitamin ini mudah didapati dari sayuran namun mudah juga
terhapus semasa penyediaan makanan. Jadi, pengambilan vitamin adalah jalan yang
mudah dan bijak supaya badan dapat nutrisi sepatutnya untuk kekal
cergas.
Berminat untuk
mencuba atau mendapatkan pek percubaan? Ingin harga
istimewa?
COD Area : Alor Setar/Jitra/Pokok
Sena
sms/whatsapp/viber maya @ 019-5596963
sms/whatsapp/viber maya @ 019-5596963
0 komen kawan-kawan:
Post a Comment