Ramai yang bertanya
“Boleh
ke saya makan vitamin dari farmasi atau yang diberi percuma, lepas tu ambil milk
booster Shaklee?”
Ada juga yang bertanya
“Apa beza vitamin Shaklee dengan
vitamin lain? Kan sama je vitaminnya”.
Supplement atau makanan tambahan ni secara
amnya ada 2 jenis, sintetik dan natural. Apa bezanya?
Penghasilan
Supplement natural dihasilkan dari ekstrak bahan-bahan semulajadi dengan
mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan
vitamin C natural diperolehi dari mengambil pati asid askorbik
dalam buah limau dan menyingkirkan seratnya.
Supplement sintetik dihasilkan dari manipulasi
bahan kimia yang mempunyai ciri-ciri seakan-akan bahan yang terdapat dalam
vitamin. Contohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6,
jadi gabungan dari molekul2 karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan
dari apa2 bahan bagi menghasilkan asid askorbik.
Keserasian
dengan badan
Supplement natural dihasilkan dari bahan-bahan
makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh.
Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, dan
memberi kesan yang lebih baik.
Supplement sintetik, walaupun formulanya sama,
ia tetap tidak sama dengan supplement natural, apa lagi dengan makanan asli. Ini
kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan. Jangan terkejut kalau saya
katakan tar yang digunakan untuk menurap
jalan raya adalah salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin B complex pada
vitamin sintetik.
Harga
Vitamin natural tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari
bahan-bahan semulajadi memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.
Vitamin sintetik biasanya lebih murah dan
adakalanya diberi percuma saja.
Kesan kepada
tubuh badan
Suplemen natural mengambil intipati dari bahan-bahan semulajadi, dengan
tidak meninggalkan bahan-bahan yang perlu, walaupun bukan bahan utama
dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium dan vitamin D
untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Jadi Kalsium dari natural
supplement didatangkan bersama magnesium dan vitamin D.
Supplement sintetik, oleh kerana pembuatannya
adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, maka kebanyakannya datang dalam bentuk ‘solo’, misalnya
kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena amik magnesium dan vitamin
D dari sumber lain. Padahnya, jika kita
gagal menyempurnakan diri kita dengan Magnesium dan Vitamin D, Kalsium yang
tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dlam ginjal dan boleh menyebabkan
batu karang atau batu buah pinggang.
Begitu juga dengan nutrien-nutrien lain, yang
memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam
supplement sintetik.
Kesan jangka
panjang
Suplemen natural tidak mendatangkan kesan
sampingan kerana penghasilan dari bahan-bahan seperti yang dinyatakan di atas
(bahan semulajadi).
Vitamin sintetik mempunyai banyak kesan jangka
panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan-bahan yang terkandung dalam
vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses
penghasilannya.
Pendek kata, perbandingan antara suplemen
natural dengan sintetik adalah umpama bunga hidup dengan bunga plastik. Bunga
plastik itu memang lebih mudah, murah, dan tahan lama. Tapi keunggulan bunga
hidup tidak dapat ditandingi, walau macamana ‘nampak asli’ bunga plastik
tersebut.
Perbandingan yang lain ialah objek sebenar
dengan imej dalam cermin. Walaupun kelihatan sama, tp imej dalam cermin tetap
bukan objek sebenar.
Jadi, bijaklah dalam membuat penilaian. Anda
boleh mengambil vitamin dari mana-mana, farmasi mana-mana, pembekal mana-mana…
tapi demi kesihatan berpanjangan, pilihlah yang terbaik, antara vitamin natural
dengan sintetik. Pasti tak sama.
untuk keterangan lanjut hubungi saya
Maya,
Maya,
0 komen kawan-kawan:
Post a Comment