Boucing Red Apple

Get Healthy, Be Happy, Feel Beauty

Jom Klik Like!..

12 Jenis Check-Up Atau Ujian Kesihatan Yang Anda Perlu Lakukan

Semakin kita meningkat usia, semakin itu la tahap kesihatan kita semakin berkurangan. Tambahan pula kalau kita tak amalkan diet dan kehidupan yang sihat. Makan tak jaga, tak senam, malas nak berjalan. Kalau office tingkat 4, sanggup naik lif walaupun lambat. Kan bagus naik tangga. Baik untuk jantung. Pada mereka yang jarang-jarang sangat bersenam dan tak jaga pemakanan anda, digalakkan untuk membuat 12 jenis check up (pemeriksaan kesihatan) ini secara regular (selalu/kerap).

1. Pemeriksaan Fizikal
  • Seberapa kerap anda perlukan pemeriksaan fizikal (setahun sekali ke, sebulan sekali ke) bergantung kepada beberapa faktor antaranya umur, tahap kesihatan, dan ada sejarah perubatan atau tidak. 
  • Selalunya doktor akan memeriksa degupan jantung, pantau berat anda, tekanan darah, suhu badan. 
2. Tinggi dan Berat (BMI)
  • Kebiasaan check up, doc akan pantau tinggi dan berat anda untuk mengira BMI anda. Tahu tak BMI tu apa? Body Mass Index.
  • BMI kita perlu dalam tahap normal atau sihat untuk mengelakkan daripada sakit jantung, diabetes type 2, beberapa jenis cancer, dan banyak lagi.
  • BMI yang sihat adalah antara 18.5 - 24.9.
3. Tekanan Darah
  • Pemeriksaan tekanan darah (atau BP, blood pressure) adalah memeriksa tekanan darah anda dalam arteri. BP yang terlalu tinggi boleh mengakibatkan sakit jantung atau stroke.
  • BP yang normal ialah antara 120 over 80. Kalau 140 over 90 ke atas, itu adalah bacaan BP yang tinggi atau hypertension.
  • Disarankan untuk memantau BP anda 2 minggu sekali.
4. Kolesterol
  • Kolesterol merupakan kandungan lemak di dalam salur darah anda. Tinggi kolesterol juga boleh menyebabkan masalah jantung atau stroke. 
  • Saranan perubatan Amerika mencadangkan pemeriksaan sekali dalam tempoh 4-6 tahun. Namun bergantung juga kepada sejarah perubatan anda. Kalau pernah detect tinggi, pemeriksaan lebih kerap perlu dijalankan.
5. Saringan Cancer
  • Tidak salah untuk melakukan saringan ujian cancer, walaupun tiada tanda-tanda awal cancer dalam diri kita. Ini dapat membantu kita untuk mengesan sel cancer lebih awal, dan mendapatkan rawatan susulan lebih awal.
  • Terdapat banyak jenis saringan ujian dan tempoh ujian tersebut perlu dijalankan. Contohnya Fecal Occult Blood Tests (FOBT) perlu dilakukan setahun sekali.
6. Ujian Gula Dalam Darah
  • Ujian ni penting untuk check samada kita ada masalah diabetes atau tak. Disarankan untuk memulakan rutin pemeriksaan ni apabila usia mencecah 45 tahun. Tapi kalau agak-agak anda bukan seorang yang hidup secara sihat, eloklah buat ujian ni seawal usia yang boleh. Kanak-kanak pun boleh ada diabetes jika tidak jaga pemakanan tau. 
7. Pemeriksaan Kulit
  • Selain berjumpa dengan doktor untuk lakukan pemeriksaan kulit ni, kita sendiri boleh lakukan di rumah. Perhatikan perubahan yang terdapat pada kulit kita. Tahi lalat ke (kalau daripada lahir, tu lain cerita. hehe), bintik-bintik ke, ataupun tanda-tanda lain.
  • Kalau ada tanda tu, segera berjumpa dengan pakar dan buat pemeriksaan. Kajian menunjukkan mereka yang melakukan pemeriksaan seperti ini dapat mengesan jika terdapat sel cancer kulit dari awal. Mereka yang dapat kesan sel cancer ini lebih awal, dapat menjalankan rawatan dengan cepat dan ada juga yang sembuh dan bebas sel cancer.
8. Check Payudara
  • Wanita terdedah dengan masalah kanser payudara. Sekarang ni, terdapat banyak risalah dan boleh google, cara untuk menjalankan pemeriksaan payudara sendiri di rumah.
  • Jika terdapat ketulan atau apa-apa yang anda rasakan tidak normal pada payudara anda, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan selanjutnya.
9. Mammogram
  • Sejenis ujian x-ray untuk memeriksa bahagian payudara.
  • Wanita berusia 40 tahun ke atas digalakkan untuk lakukan mammogram setahun sekali.
10. Pap Smear
  • Pap Smear perlu dilakukan untuk check sel kanser di bahagian cervix (bahagian bawah uterus).
  • Doktor akan menggunakan 1 stick kecil, dan dimasukkan ke dalam cervix untuk mengambil contoh sampel untuk lakukan ujian pap smear.
  • Umur 21 - 29, digalakkan lakukan saringan sekali dalam masa 3 tahun. 30 - 64 tahun, digalakkan ambil pap smear test sekali dengan HPV (human papillomavirus) setiap 5 tahun, atau sekali dalam setiap 3 tahun jika hanya ingin lakukan pap smear.
11. Pemeriksaan Kesihatan Lelaki (Fizikal)
  • Termasuklah dengan check up testikel dan penis. Pemeriksaan fizikal dilakukan untuk melihat jika ada yang tidak normal. Doktor juga boleh check jika ada tanda-tanda masalah penyakit kelamin seperti ketuat atau ulser. 
12. Pemeriksaan Gigi
  • Smile! Say Cheese! Cantik tak gigi tu setiap kali senyum? Hehe..
  • Disarankan kita buat pemeriksaan gigi secara kerap untuk check masalah kaviti, gusi berdarah, dan masalah lain. 

Jom. Jangan abaikan kesihatan kita. Kalau rasa badan tak sihat, penafasan tak berapa betul, kerap letih, dan pelbagai lagi masalah kesihatan, segeralah berjumpa pakar dan dapatkan nasihat pakar. Jangan duduk diam tak buat apa. Ingat, jika kesan masalah kesihatan lebih awal, in shaa Allah, boleh diubati.

Salah satu inisiatif lain adalah dengan mengamalkan supplement. Dapatkan supplement yang tinggi anti-oksida seperti Vivix, carotomax, vitamin E, dan banyak lagi dari Shaklee. Nak order? Boleh hubungi saya

---------------------------------------------------------

Sumaiya (SID # 918781)
msg/whatsapp: 0195596963
Pengedar Shaklee di Alor Setar/Jitra/Pokok Sena
Pos : Seluruh Malaysia

---------------------------------------------------------



Cara cerahkan kulit muka dan badan : Jom intai tekniknya di SINI.

Percaya atau tidak, carian teknik dan cara untuk cerahkan kulit muka dan badan di google search sangat tinggi. Maknanya apa tu ya? maknanya ramai yang inginkan kulit muka dan badan cerah berseri. Ramai yang nak tahu apa rahsia dan cara cerahkan kulit muka dan badan. Mungkin ada di antaranya yang tinggal beberapa bulan lagi nak naik pelamin? Atau yang dah stress tengok kekusaman kulit muka dan badan ataupun paling sadis kalau suami dh menyapa "Yang, kenapa macam makin gelap je muka awak, awak berjemur tgh panas ke?"

gambar hiasan
Jadi apa teknik dan cara yang boleh mencerahkan kulit muka dan badan? Kena pakai kosmetik ke? Atau ada losyen pemutih badan yang ajaib ke? boleh cerah dalam masa 6 hari? nO..NO..NO saya hanya tawarkan teknik pencerahan yg lebih selamat dan kesannya tidak hanya pada kulit dan badan tapi lebih dari itu. Jangan salah faham, ianya sama sekali tidak menyebabkan penggelupasan kerana ianya bukan memberikan kesan sepantas kilat. Saya adalah org yg pertama yg susah nak percaya kalau disebut tentang kesan sepantas kilat ni, hati mula ragu-ragu dgn kandungan. Macam tak masuk akal pun ye.

Dah tak sabar nampaknya utk tahu teknik cerahkan kulit muka dan badan ya... Baiklah, teknik ni bukan sahaja telah diakui berkesan oleh ribuan pengguna yang telah pun berjaya mendapat kulit yang cerah tetapi juga bakal menjadi rebutan demi rebutan dari ribuan lagi pengguna termasuk anda mungkin :)

Saya perkenalkan 3 product TERBAIK Shaklee untuk cerahkan kulit muka dan badan iaitu terdiri daripada ESP, Sustained Release Vitamin c dan Vitamin E Complex. Takde product lain ke? ASyik shakleeeeeee je. Jawapan saya, tentulah ada! Tapi menurut pemerhatian saya product tersebut hanya bertahan utk beberapa bulan sahaja. Menjadi sebutan ramai sehingga berduyun2 pengguna tapi akhirnya senyap dan lenyap begitu sahaja. Dan saya juga tidak dapat menjamin product tersebut berkesan dgn cara yg selamat atau tidak kerana kepakaran saya hanyalah berkenaan product Shaklee. Apakah???

Macam mana ESP, Vitamin C Sr dan Vitamin E Complex membantu cerahkan kulit muka dan badan?


  • ESP adalah sumber protin, diperlukan untuk menghasilkan sel-sel baru bagi kulit. ESP memang satu cadangan terbaik untuk merawat kulit kerana sel kulit akan mati dalam masa 21 hari. Jika sel kulit itu tidak diganti maka perkara itulah yang menyebabkan kulit menjadi kusam dan tidak bermaya. Lama kelamaan kulit akan menjadi bertompok2 dan tidak sekata.
  • Vitamin E membantu dalam menghalang radikal bebas dari merosakkan sel kulit. Radikal bebas boleh mempercepatkan proses penuaan akibatnya kulit cpt kedut, cepat kusam dan tak sekata. Vitamin E membantu untuk menjadikan kulit lebih cerah sekata dan mengurangkan parut-parut di kulit 
  • Vitamin C mengekalkan tona kulit. Vitamin C adalah salah satu vitamin yang melindungi kulit daripada penuaan dan kendur. Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan kedut dan perubahan warna kulit. Ia merangsang pengeluaran kolagen. Dan ia adalah kolagen yang menjadikan kulit muda dan lembut. Semakin usia meningkat, lebih banyak vitamin C diperlukan untuk mengekalkan keanjalan.
Apa kelebihan dan kebaikan serbuk protin ESP, vitamin C Sr Shaklee dan Vitamin E Shaklee berbanding Product lain?


  • ESP- protin soya ESp adalah dari non- gmoprotein soya yang tidak diubahsuai genetiknya di mana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses
  • Vitamin C - dilengkapi dengan teknologi sustained release iaitu pelepasan vitamin C ke dalam badan setiap jam. Setiap jam badan memerlukan kira-kira 75-82mg vitamin C shja, selebihnya dibuang. Jadi jika tiada teknologi ni, lebihan vitamin C dibuang begitu sahaja.  
  • Vitamin E - dibuat dr sumber semulajadi dengan label d-alpha tocopherol concentrate. Jika sintetik ianya berlabel 'l' atau 'dl'. dilengkapi dgn 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap Vitamin E dengan lebih cekap,memelihara membran sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Juga diperkaya dengan  GRAPE SEED EXTRACT atau ekstrak biji anggur di mana kuasa antioksidan polifenol adalah 20 kali lebih baik dari vit E dan50 kali lebih baik daripada vitamin C
Dan kelebihan dan kebaikan semua vitamin Shaklee di atas adalah ianya telah melalui semua proses ujian demi ujian dan kajian demi kajian bagi memastikan hanya yang terbaik, selamat dan berkesan untuk semua penggunanya. Banyak jurnal kesihatan diterbitkan yg melibatkan vitamin Shaklee, di situ lah keyakinan saya terhadap product Shaklee. 

Lagi best kalau kita tengok testimoni dulu 




PENTING!!! 
Product di atas HANYA memberi kesan yg optimum apabila dimakan dengan cara yang betul. Sebagai pengedar Shaklee yg bertauliah, saya bertanggungjawab untuk memastikan anda mendapat kesan yg maximum. 


Jika mahu suami memuji kulit anda yang semakin cerah dan mulus dari hari ke hari..
Jika mahu gembira dan happy dengan perubahan kulit yg dulunya kusam dan tidak yakin pada diri sendiri..

Jika mahu tampil anggun dan berseri di hari persandingan..
Hubungi saya untuk mendapatkan ESP, Vitamin C SR dan Vitamin E anda hari ini juga
Fast action fast result 

Hubungi saya untuk dapatkan supplement ini dan saya akan bantu anda dengan memberikan konsultasi percuma kepada anda. In shaa Allah.

---------------------------------------------------------


Sumaiya (SID # 918781)

msg/whatsapp: 0195596963
Pengedar Shaklee di Alor Setar/Jitra/Pokok Sena
Pos : Seluruh Malaysia

---------------------------------------------------------



Tips Untuk Berjaya Memerah Susu

Seseorang ibu yang bekerja tentunya bimbang/risau sekiranya tidak dapat menghasilkan susu banyak semasa proses memerah susu. Namun begitu, zaman sekarang seluruh dunia menyokong breastfeeding. Oleh itu, tidak perlu bimbang sekiranya majikan tidak memahami. Berbincang dengan majikan dan dapatkan persefahaman dari mereka. Saya ingin share beberapa tips iaitu faktor penting yang membantu seorang ibu untuk berjaya memerah susu. Faktor ini dapat mempengaruhi jumlah susu yang diperah. In Shaa ALLAH.


Tips / Faktor untuk Berjaya Memerah Susu?
❋ Waktu memerah yang terbaik adalah seawal pagi kerana pada waktu ini hormon prolaktin adalah tinggi dan dapat menghasilkan lebih banyak susu
❋ Ibu perlu dalam berkeadaan yang selesa dan tenang kerana ini akan merangsang pengeluaran susu
❋ Stress atau tertekan boleh menghalang pengeluaran susu ibu
❋ Seorang ibu perlu mahir memerah susu sama ada dengan cara menggunakan tangan atau alatan mengepam
❋ Berikan sedikit tempoh masa antara waktu memerah dengan penyusuan atau waktu memerah sebelumnya, untuk membolehkan susu baru terhasil

Tips Untuk Membantu Merangsangkan Refleks Ejeksi Susu?
✔ Pastikan ibu dalam keadaan yang selesa dan tidak tertekan
✔ Dapatkan ketenangan dan privasi semasa pam
✔ Tekapkan tuala basah dan urut breast bagi tujuan untuk "mengejutkannya" supaya "bekerja"
✔ Tenangkan diri dengan berfikir atau membayangkan sesuatu tempat yang nyaman dan tenang, atau pun dengan memperdengarkan bacaan suci Al-Quran atau berzikir (bagi yang beragama Islam)
✔ Bayangkan baby berada dekat dengan kita
✔ Urutan belakang badan
-----------------------------------------------------------------------
  Ingin dapatkan supplement bagi membantu anda untuk menambahkan susu badan?
Click link ini ➲ http://bit.ly/SetMenyusuShaklee
-------------------------------------------------------------------------------------
  ✆ Hubungi kami untuk mendapatkan supplement anda, juga untuk mendapatkan FREE CONSULTATION tentang penyusan bayi secara exclusive!!! 

Hubungi saya untuk dapatkan supplement ini dan saya akan bantu anda dengan memberikan konsultasi percuma kepada anda. In shaa Allah.

---------------------------------------------------------

Sumaiya (SID # 918781)
msg/whatsapp: 0195596963
Pengedar Shaklee di Alor Setar/Jitra/Pokok Sena
Pos : Seluruh Malaysia

---------------------------------------------------------



Tips Kemas Rumah: Cara Mudah dan Ringkas!

Assalamualaikum..

Hehe, tajuk memang best!  Bile cerita bab kemas, memang pempuan tak leh nak elak la. Tapi yang paling penting nak kemas kene ada cara, baru la tak rase stress.


Tips Kemas Baju

Okey, saya memang kureng suka lipat baju. So, ape yang saya buat? Saya hanger kan semua baju baju saya. Semua item saya hanger, sangat jimat masa! Cuma perlukan hanger yang banyak, dan tempat untuk menggantungnya. Hanger takde masalah, boleh je cari kat kedai RM2. Banyak boleh dapat. Sebab tu, kalau saya pergi memana sangat suka cari hanger. Kalau untuk baju budak, beli la hanger kecik. So, masa sidai kita hanger kan, so bila angkat just sorting je, ikut pakaian kite.


Ihsan google

Tips Kemas Barang Sampingan

Saya guna suka guna storage box! So, barang tak rosak dan mudah nak cari. Storage tu,kite kene la label. Baju lama ke, Mainan anak ke, Stok barang rumah ke.So, letak pada satu tempat yang mudah kita nak capai! Kalau nak pindah rumah pun senang tau, hangkut saja..

Ihsan google

Impian Saya

Saya baru dapat idea nak susun semua barang dalam rak kayu 3 layer tu. Pastu beli la kat Daiso storage box yang pelbagai corak then, susun! So jadinye camni

Ihsan Google

Cantik kan?? Saya tengah teruja nak buat macam ni la. Berangan nak letak semua mainan anak-anak :)

Tips Bagi Cergas Untuk Kemas Rumah

  1. Jangan bertangguh. Nampak je barang tak kemas, terus amik. Lagi lama biar, lagi sepah
  2. Jadualkan suitable time for laundry (kalau tak mampu hari2, make sure jangan terlalu banyak, nti demotivated) 
  3. Buat keje dengan tenang(jangan mengeluh husband tak tolong! itu lagi la penat)
  4. Minum la air yang boleh buat kita cergas dan tak la penat sangat. Bukan ape, nanti kalau dah penat, mula la bad mood kan. So,saya pilih Performance Drink, Shaklee!
Selamat mengemas Rumah!


ATASI SAKIT SAKIT URAT HANYA 45 SEN!!

Sebelum ni, saya ada kongsikan pasal jenis Vitamin B. Ada pelbagai jenis Vitamin B, dan sebaiknya Vitamin B  harus di ambil bersama-sama vitamin B yang lain. Sebab itu la, kita harus memilih Vitamin B Complex!!

Hari ni, saya nak share kebaikan Vitamin BComplex yang boleh legakan sakit urat. yeke?? Macamana??

Jom kita baca!!


Vitamin BComplex Shaklee

Saintis Shaklee, merupakan saintis pertama yang menciptakan asid folik secara semulajadi di dunia! Kadar serapan yang sangat tinggi menjadikan ianya sangat berkualiti.  Jangan taktahu, 99% asid folic yang ada di pasaran adalah sejenis vitamin sintetik. Nak tahu ape itu vitamin sintetik?? nantikan perkongsian saya berkaitan vitamin semulajadi dan sintetik.

Vitamin BComplex Shaklee ada kesemua 8 komponen Vitamin B yang diperlukan pada badan. Termasuklah100% Biotin dan Asid Folik!

Manfaat Utama

  1. Mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan
  2. Melawan tekanan
  3. Memastikan kesihatan sistem saraf
  4. Meredakan sakit kepala
  5. Mengurangkan stress
  6. Membantu tumbesaran
  7. Membantu pembinaan DNA dan sel sel baru 
  8. Mengurangkan kecacatan otak pada bayi
  9. Membaiki masalah kulit kepala/ kelemumur/ rambut gugur/beruban
  10. Baik untuk mata: Lebih Fokus, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan
  11. Mencegah dan merawat anemia
  12. Membantu pembentukan sel darah merah dan antibodi
  13. Meredakan senggugut(PMS), redakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman
  14. Menghalang nafas berbau
  15. Redakan alahan

Sakit Urat /Saraf  sembuh dengan Vitamin B Complex??

Dalam Vitamin BComplex terdapat satu vitamin yang dinamakan Vitamin B5. Vitamin B5 ini, akan meningkatkan fungsi kalenjar adrenal. Kalenjar ni boleh mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan fungsi ginjal dan boleh mengawal stress.

Vitamin ni juga, diperlukan dalam menghasilkan hormon untuk menjaga saraf yang sihat.  Maka dengan itu,sakit urat atau pun saraf, boleh dirawati, dengan mengamalkan Vitamin Bcomplex!

Kalau nak tahu, seluruh fungsi sistem saraf akan dikawal oleh Vitamin B1, B6 dan B12. So, kurang nya Vitamin ni, akan sebabkan kita akan stress, rasa cemas/berdebar dan cepat sangat sentap!

Nak tahu, pelbagai lagi fungsi Vitamin B??, Boleh refer entry saya kat sini Kenali Vitamin B

Indahnya Vitamin B complex

Apa yang saya suka kongsikan disini, setiap jenis Vitamin B memerlukan setiap satu dari mereka untuk mendapatkan hasil yang sangat optimum! Indahkan ciptaan Allah. Sebab tu la, kita digalakkan mengamalkan Vitamin Bcomplex yang semulajadi dan selamat supaya kita pun dapat hasil yang optimum!

So lepas ni, kalau sakit urat, cepat sentap..Better makan Vitamin BComplex eh. Cari yang semulajadi, seharusnya Shaklee

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuh atau mencegah seberang penyakit tetapi ia adalah supplement berkualiti tinggi* . Sihat dan Sakit adalah ketentuan Allah.Tugas kita berikhtiar untuk sihat.Moga-moga dengan mengambil produk ini INSYALLAH kesihatan dan penampilan kita akan bertambah baik.
 Hubungi saya untuk konsultasi percuma anda
---------------------------------------------------------
Sumaiya (SID # 918781)
msg/whatsapp: 0195596963
Pengedar Shaklee di Alor Setar/Jitra/Pokok Sena
Pos : Seluruh Malaysia
---------------------------------------------------------



Vitamin B or Vitamin B Complex??

Pernah dengar pasal Vitamin B?. Sebaiknya vitamin B ini diambil bersama sama pelbagai vitamin B lain. Sebab tu, kita biasa nampak pasal Bcomplex. Saya selama ni tahu ada vitamin B, tapi saya tak pernah tahu kepentingan B complex pada badan.  Nak tahu?? Ayuh, jom baca!

Kenalpasti Vitamin B Complex yang baik?

Vitamin yang larut air dan mempunyai kesemua 8 vitamin B1, B2, B5, B6, B12, asid folik dan Biotin. Perlu juga mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin. Kita juga harus memastikan jarak peratusan harian tidak terlalu besar diantara  B1, B2, B3 dan B12. ELAKKAN mengambil Vitamin B Complex yang mempunyai "sustained released". So, cepat check Vitamin Bcomplex u all eh!

Vitamin B Complex dan khasiatnya.

B1 atau Thiamine

Kegunaannya: 
  1. Untuk ceraikan karbohidrat, lemak dan protien
  2. Memelihara sistem saraf dan otot
  3. Memelihara fungsi jantung
  4. Membentuk bahan api untuk badan bekerja 
  5. Vitamin B1 akan bekerjasama bersama B2 dan B3(sebab tu elok amik Bcomplex rather than amik Vitamin B sahaja)
Kurangnya akan menjadikan:

Keletihan, lemah badan, hilang selera makan, kegelisahan, gangguan tidur. Cirit birit, bengkak buku lali dan kaki, kebas tangan dan kaki, kesakitan dan kegagalan jantung.

Sumbernya: Gandum, hasil gandum, kacang pis, ikan kacang tanah

B2 atau Riboflavin

Kegunaanya:
  1. Diperlukan badan untuk memetabolisme kan semua jenis makanan.
Kurangnya akan menjadikan:

Pecah pecah pada mulut, sakit pada mulut dan hidung.

Sumbernya: Hati, susu, bayam, mee, kulat atau cendawan

Vitamin B3 (Niasin)

Kegunannya:
  1. Diperlukan oleh enzim yang akan merubah makanan pada tenga
  2. Bantu kekalkan sistem perkumuhan dan saraf
  3. Untuk mengurangkan kolestrol, harus diambil pada dos yang tinggi. Tapi kene la jumpa doktor dulu ye 
Kurangnya akan jadikan:
  1. Ulser pada mulut.
  2. Kulit pecah pecah
Kalau Overdose pula boleh jadi masalah hatiasid urik yang tinggi dan masalah jantung

Sumbernya: Cendawan, kulat, ikan tuna, ayam, daging, kacang tanah dan bijirin

Vitamin B5 atau Asid Pantotenik

Kegunaannya:

Mengubah makanan kepada bentuk molekul. Diperlukan untuk keluarkan hormon adrenal dan bahan kimia untuk menjaga sistem saraf.

Kurangnya akan jadikan:
  1. Ulser
  2. Gangguan saraf
  3. Mendatangkan stress
 Piridoksin (Vitamin B6)

Kegunaanya:
  1. Untuk metabolisme karbohidrat
  2. Untuk metabolismekan protien
  3. Untuk membina sel darah merah
  4. Meningkatkan fungsi saraf dan otak
Kurangnya akan jadikan:
  1. Anemia,
  2. Gatal gatal
  3. Kulit Bersisik
  4. Sawan
Kalau overdose boleh jadi saraf yang rosak

Sumbernya: Lemak haiwan, bayam, brokoli dan pisang

Vitamin B12 (Sianokobalamin)

Kegunaanya: 
  1. Membina bahan genetik dan membantu pembentukan sel darah merah
Kurangnya akan jadikan:
  1. Kurang darah
  2. Kerosakkan saraf
Sumbernya: Hasil haiwan

Ha, itulah segala jenis dan manfaat Vitamin B pada badan. Mungkin ini, boleh dijadikan panduan tentang kepentingan Vitamin B pada badan.

Shaklee memang ada satu Vitamin BComplex yang tinggi dengan Asid folic dan yang penting ianya vitamin semulajadi!!

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuh atau mencegah seberang penyakit tetapi ia adalah supplement berkualiti tinggi* . Sihat dan Sakit adalah ketentuan Allah.Tugas kita berikhtiar untuk sihat.Moga-moga dengan mengambil produk ini INSYALLAH kesihatan dan penampilan kita akan bertambah baik.
 Hubungi saya untuk konsultasi percuma anda
---------------------------------------------------------
Sumaiya (SID # 918781)
msg/whatsapp: 0195596963
Pengedar Shaklee di Alor Setar/Jitra/Pokok Sena
Pos : Seluruh Malaysia
---------------------------------------------------------



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...