Boucing Red Apple

Get Healthy, Be Happy, Feel Beauty

Jom Klik Like!..

12 Jenis Check-Up Atau Ujian Kesihatan Yang Anda Perlu Lakukan

Semakin kita meningkat usia, semakin itu la tahap kesihatan kita semakin berkurangan. Tambahan pula kalau kita tak amalkan diet dan kehidupan yang sihat. Makan tak jaga, tak senam, malas nak berjalan. Kalau office tingkat 4, sanggup naik lif walaupun lambat. Kan bagus naik tangga. Baik untuk jantung. Pada mereka yang jarang-jarang sangat bersenam dan tak jaga pemakanan anda, digalakkan untuk membuat 12 jenis check up (pemeriksaan kesihatan) ini secara regular (selalu/kerap).

1. Pemeriksaan Fizikal
  • Seberapa kerap anda perlukan pemeriksaan fizikal (setahun sekali ke, sebulan sekali ke) bergantung kepada beberapa faktor antaranya umur, tahap kesihatan, dan ada sejarah perubatan atau tidak. 
  • Selalunya doktor akan memeriksa degupan jantung, pantau berat anda, tekanan darah, suhu badan. 
2. Tinggi dan Berat (BMI)
  • Kebiasaan check up, doc akan pantau tinggi dan berat anda untuk mengira BMI anda. Tahu tak BMI tu apa? Body Mass Index.
  • BMI kita perlu dalam tahap normal atau sihat untuk mengelakkan daripada sakit jantung, diabetes type 2, beberapa jenis cancer, dan banyak lagi.
  • BMI yang sihat adalah antara 18.5 - 24.9.
3. Tekanan Darah
  • Pemeriksaan tekanan darah (atau BP, blood pressure) adalah memeriksa tekanan darah anda dalam arteri. BP yang terlalu tinggi boleh mengakibatkan sakit jantung atau stroke.
  • BP yang normal ialah antara 120 over 80. Kalau 140 over 90 ke atas, itu adalah bacaan BP yang tinggi atau hypertension.
  • Disarankan untuk memantau BP anda 2 minggu sekali.
4. Kolesterol
  • Kolesterol merupakan kandungan lemak di dalam salur darah anda. Tinggi kolesterol juga boleh menyebabkan masalah jantung atau stroke. 
  • Saranan perubatan Amerika mencadangkan pemeriksaan sekali dalam tempoh 4-6 tahun. Namun bergantung juga kepada sejarah perubatan anda. Kalau pernah detect tinggi, pemeriksaan lebih kerap perlu dijalankan.
5. Saringan Cancer
  • Tidak salah untuk melakukan saringan ujian cancer, walaupun tiada tanda-tanda awal cancer dalam diri kita. Ini dapat membantu kita untuk mengesan sel cancer lebih awal, dan mendapatkan rawatan susulan lebih awal.
  • Terdapat banyak jenis saringan ujian dan tempoh ujian tersebut perlu dijalankan. Contohnya Fecal Occult Blood Tests (FOBT) perlu dilakukan setahun sekali.
6. Ujian Gula Dalam Darah
  • Ujian ni penting untuk check samada kita ada masalah diabetes atau tak. Disarankan untuk memulakan rutin pemeriksaan ni apabila usia mencecah 45 tahun. Tapi kalau agak-agak anda bukan seorang yang hidup secara sihat, eloklah buat ujian ni seawal usia yang boleh. Kanak-kanak pun boleh ada diabetes jika tidak jaga pemakanan tau. 
7. Pemeriksaan Kulit
  • Selain berjumpa dengan doktor untuk lakukan pemeriksaan kulit ni, kita sendiri boleh lakukan di rumah. Perhatikan perubahan yang terdapat pada kulit kita. Tahi lalat ke (kalau daripada lahir, tu lain cerita. hehe), bintik-bintik ke, ataupun tanda-tanda lain.
  • Kalau ada tanda tu, segera berjumpa dengan pakar dan buat pemeriksaan. Kajian menunjukkan mereka yang melakukan pemeriksaan seperti ini dapat mengesan jika terdapat sel cancer kulit dari awal. Mereka yang dapat kesan sel cancer ini lebih awal, dapat menjalankan rawatan dengan cepat dan ada juga yang sembuh dan bebas sel cancer.
8. Check Payudara
  • Wanita terdedah dengan masalah kanser payudara. Sekarang ni, terdapat banyak risalah dan boleh google, cara untuk menjalankan pemeriksaan payudara sendiri di rumah.
  • Jika terdapat ketulan atau apa-apa yang anda rasakan tidak normal pada payudara anda, segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan selanjutnya.
9. Mammogram
  • Sejenis ujian x-ray untuk memeriksa bahagian payudara.
  • Wanita berusia 40 tahun ke atas digalakkan untuk lakukan mammogram setahun sekali.
10. Pap Smear
  • Pap Smear perlu dilakukan untuk check sel kanser di bahagian cervix (bahagian bawah uterus).
  • Doktor akan menggunakan 1 stick kecil, dan dimasukkan ke dalam cervix untuk mengambil contoh sampel untuk lakukan ujian pap smear.
  • Umur 21 - 29, digalakkan lakukan saringan sekali dalam masa 3 tahun. 30 - 64 tahun, digalakkan ambil pap smear test sekali dengan HPV (human papillomavirus) setiap 5 tahun, atau sekali dalam setiap 3 tahun jika hanya ingin lakukan pap smear.
11. Pemeriksaan Kesihatan Lelaki (Fizikal)
  • Termasuklah dengan check up testikel dan penis. Pemeriksaan fizikal dilakukan untuk melihat jika ada yang tidak normal. Doktor juga boleh check jika ada tanda-tanda masalah penyakit kelamin seperti ketuat atau ulser. 
12. Pemeriksaan Gigi
  • Smile! Say Cheese! Cantik tak gigi tu setiap kali senyum? Hehe..
  • Disarankan kita buat pemeriksaan gigi secara kerap untuk check masalah kaviti, gusi berdarah, dan masalah lain. 

Jom. Jangan abaikan kesihatan kita. Kalau rasa badan tak sihat, penafasan tak berapa betul, kerap letih, dan pelbagai lagi masalah kesihatan, segeralah berjumpa pakar dan dapatkan nasihat pakar. Jangan duduk diam tak buat apa. Ingat, jika kesan masalah kesihatan lebih awal, in shaa Allah, boleh diubati.

Salah satu inisiatif lain adalah dengan mengamalkan supplement. Dapatkan supplement yang tinggi anti-oksida seperti Vivix, carotomax, vitamin E, dan banyak lagi dari Shaklee. Nak order? Boleh hubungi saya

---------------------------------------------------------

Sumaiya (SID # 918781)
msg/whatsapp: 0195596963
Pengedar Shaklee di Alor Setar/Jitra/Pokok Sena
Pos : Seluruh Malaysia

---------------------------------------------------------



0 komen kawan-kawan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...