Boucing Red Apple

Get Healthy, Be Happy, Feel Beauty

Jom Klik Like!..

Vitamin B or Vitamin B Complex??

Pernah dengar pasal Vitamin B?. Sebaiknya vitamin B ini diambil bersama sama pelbagai vitamin B lain. Sebab tu, kita biasa nampak pasal Bcomplex. Saya selama ni tahu ada vitamin B, tapi saya tak pernah tahu kepentingan B complex pada badan.  Nak tahu?? Ayuh, jom baca!

Kenalpasti Vitamin B Complex yang baik?

Vitamin yang larut air dan mempunyai kesemua 8 vitamin B1, B2, B5, B6, B12, asid folik dan Biotin. Perlu juga mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin. Kita juga harus memastikan jarak peratusan harian tidak terlalu besar diantara  B1, B2, B3 dan B12. ELAKKAN mengambil Vitamin B Complex yang mempunyai "sustained released". So, cepat check Vitamin Bcomplex u all eh!

Vitamin B Complex dan khasiatnya.

B1 atau Thiamine

Kegunaannya: 
  1. Untuk ceraikan karbohidrat, lemak dan protien
  2. Memelihara sistem saraf dan otot
  3. Memelihara fungsi jantung
  4. Membentuk bahan api untuk badan bekerja 
  5. Vitamin B1 akan bekerjasama bersama B2 dan B3(sebab tu elok amik Bcomplex rather than amik Vitamin B sahaja)
Kurangnya akan menjadikan:

Keletihan, lemah badan, hilang selera makan, kegelisahan, gangguan tidur. Cirit birit, bengkak buku lali dan kaki, kebas tangan dan kaki, kesakitan dan kegagalan jantung.

Sumbernya: Gandum, hasil gandum, kacang pis, ikan kacang tanah

B2 atau Riboflavin

Kegunaanya:
  1. Diperlukan badan untuk memetabolisme kan semua jenis makanan.
Kurangnya akan menjadikan:

Pecah pecah pada mulut, sakit pada mulut dan hidung.

Sumbernya: Hati, susu, bayam, mee, kulat atau cendawan

Vitamin B3 (Niasin)

Kegunannya:
  1. Diperlukan oleh enzim yang akan merubah makanan pada tenga
  2. Bantu kekalkan sistem perkumuhan dan saraf
  3. Untuk mengurangkan kolestrol, harus diambil pada dos yang tinggi. Tapi kene la jumpa doktor dulu ye 
Kurangnya akan jadikan:
  1. Ulser pada mulut.
  2. Kulit pecah pecah
Kalau Overdose pula boleh jadi masalah hatiasid urik yang tinggi dan masalah jantung

Sumbernya: Cendawan, kulat, ikan tuna, ayam, daging, kacang tanah dan bijirin

Vitamin B5 atau Asid Pantotenik

Kegunaannya:

Mengubah makanan kepada bentuk molekul. Diperlukan untuk keluarkan hormon adrenal dan bahan kimia untuk menjaga sistem saraf.

Kurangnya akan jadikan:
  1. Ulser
  2. Gangguan saraf
  3. Mendatangkan stress
 Piridoksin (Vitamin B6)

Kegunaanya:
  1. Untuk metabolisme karbohidrat
  2. Untuk metabolismekan protien
  3. Untuk membina sel darah merah
  4. Meningkatkan fungsi saraf dan otak
Kurangnya akan jadikan:
  1. Anemia,
  2. Gatal gatal
  3. Kulit Bersisik
  4. Sawan
Kalau overdose boleh jadi saraf yang rosak

Sumbernya: Lemak haiwan, bayam, brokoli dan pisang

Vitamin B12 (Sianokobalamin)

Kegunaanya: 
  1. Membina bahan genetik dan membantu pembentukan sel darah merah
Kurangnya akan jadikan:
  1. Kurang darah
  2. Kerosakkan saraf
Sumbernya: Hasil haiwan

Ha, itulah segala jenis dan manfaat Vitamin B pada badan. Mungkin ini, boleh dijadikan panduan tentang kepentingan Vitamin B pada badan.

Shaklee memang ada satu Vitamin BComplex yang tinggi dengan Asid folic dan yang penting ianya vitamin semulajadi!!

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuh atau mencegah seberang penyakit tetapi ia adalah supplement berkualiti tinggi* . Sihat dan Sakit adalah ketentuan Allah.Tugas kita berikhtiar untuk sihat.Moga-moga dengan mengambil produk ini INSYALLAH kesihatan dan penampilan kita akan bertambah baik.
 Hubungi saya untuk konsultasi percuma anda
---------------------------------------------------------
Sumaiya (SID # 918781)
msg/whatsapp: 0195596963
Pengedar Shaklee di Alor Setar/Jitra/Pokok Sena
Pos : Seluruh Malaysia
---------------------------------------------------------



0 komen kawan-kawan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...